fbpxJODOH? PILIHAN ATAU TAKDIR?

JODOH? PILIHAN ATAU TAKDIR?

JODOH? PILIHAN ATAU TAKDIR?

"jodoh adalah takdir dan ada yang berpendapat jodoh adalah pilihan"

Dikarang oleh 91468 | Dakwah
Kongsi artikel ini: 
Jodoh, Takdir

Apabila bercakap tentang jodoh, secara umumnya terdapat beberapa pendapat yang berbeza, iaitu pendapat bahawa jodoh adalah takdir dan ada yang berpendapat jodoh adalah pilihan. Apa pula pandangan anda mengenai jodoh? Pandangan takdir oleh sesetengah orang adalah apabila mengakui bahawa jodoh seseorang itu telah ditentukan oleh Allah SWT, sehinggakan mereka langsung tidak meletakkan apa-apa usaha  dalam mendapatkan atau mencari jodoh.

Mereka yang berpandangan seperti ini kebiasaannya beranggapan bahawa setiap kejadian sudah ditentukan, dan hanya mampu menerima apa yang sudah tertulis untuk mereka. Mereka yang menerima segala sesuatu yang terjadi kepada mereka sebagai nasib (takdir) yang ditentukan, malah mereka juga bersikap pasrah pada nasib dan tak ingin merubahnya.

Konsep takdir selalu menjadi perdebatan dan pertanyaan ramai orang. Bagi umat Islam, takdir merupakan sebahagian daripada Iman terhadap Qada’ dan Qadar. Pemahaman tentang takdir ini sangat penting bagi seorang muslim. Kerana, pemahaman tentang takdir ini akan menentukan arah dan sikap seorang muslim terhadap pelbagai perkara, dan salah satunya adalah mengenai Jodoh.

Sebaliknya, pandangan bagi mereka yang berpendapat bahawa jodoh adalah pilihan semata-mata, ianya melibatkan keputusan dan kehendak manusia tanpa melibatkan Tuhan. Pilihan ini seolah-olah disalahertikan sebagai penentuan atau pengambilan sesuatu berdasarkan keputusan atau kehendak sendiri. Secara umumnya, ia lebih menekankan kepada kehendak bebas manusia itu sendiri. Atas pilhan mereka sendiri sama ada nak ataupun tidak.

Kehendak bebas adalah kemampuan yang dimiliki seseorang untuk membuat pilihan secara sukarela, bebas dari tekanan yang ada. Sehinggakan betul-betul mengikut kata hati sahaja tanpa utamakan yang telah disyariatkan dalam Islam.

Secara hakikatnya, jodoh adalah takdir, kerana sepenuhnya adalah keputusan Allah. Sebesar apa pun usaha yang kita lakukan, kalau dah tertulis bukan jodoh kita, kita tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana jelas, urusan hati ini hanya Allah sahaja yang menentukannya. Namun, kita sebagai umatNya juga haruslah berusaha dalam memperoleh jodoh berbanding hanya sekadar menunggu datangnya jodoh. Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada Allah, jangan pernah berputus asa apabila ingin meminta sesuatu kepada Allah. Salah satu alasan kenapa doa kita tidak termakbul adalah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Semoga kita semua dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh yang terbaik yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar, dan diredhai Allah SWT.

Kongsi artikel ini: