MENGAPA PERLU KAHWIN?

MENGAPA PERLU KAHWIN?

"ada juga yang sekadar nak “bercouple” sahaja untuk sekadar suka-suka"

Dikarang oleh Inaaina | Dakwah

Kami percaya ramai di antara anda baik lelaki mahupun wanita ingin berkahwin kan? Namun, anda mesti hairan kenapa mesti wujud nya artikel dengan tajuk macam ni? Sebenarnya, dalam realiti masyarakat kita, ada yang tidak mahu kahwin. Namun, bukan semua, ada segelintir daripada mereka sahaja. Mereka tidak ingin mendirikan rumah tangga  sama ada takut atau risau. Malah ada juga yang sekadar nak “bercouple” sahaja untuk sekadar suka-suka. Bukan untuk serius ke arah pernikahan. 

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah. Malah manusia memang sudah diciptakan berpasang-pasangan. Dari Abi Samrah r.a menyatakan:“Nabi melarang daripada hidup membujang” (Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan)

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan dan zuriat yang soleh

Dengan konsep perkahwinan, ia dapat membentuk institusi kekeluargaan dan masyarakat islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti dan beramal soleh. Rasulullah SAW ada bersabda “kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat” (Riwayat Abu Daud).



Jiwa akan tenang dengan pernikahan

Apabila sesuatu hubungan itu sudah menjadi halal, nescaya ianya akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman dalam hubungan itu. Ini dapat dibuktikan apabila mereka menolak perkahwinan, fikiran dan hatinya tidak berasa tenang. Malah, mereka tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui perkahwinan. Fikiran akan sentiasa terganggu dengan masalah yang menimpa.

Dengan perkahwinan yang halal dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan antara sesama masyarakat, penjagaan akhlak serta mengekalkan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". Surah An-Nuur: ayat 32

Setiap yang digariskan dalam Islam sudah pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Islam menyeru umatnya untuk berkahwin. Walaupun umur sudah meningkat usia, usah gusar, usaha, berdoa dan seterusnya bertawakal kepada Allah. Entri kami sebelum ini pernah menceritakan tentang Hikmah Belum Bertemu Jodoh. Sekian, wallahulam..

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar