PENGORBANAN AYAH/LELAKI YANG RAMAI TIDAK TAHU

PENGORBANAN AYAH/LELAKI YANG RAMAI TIDAK TAHU

"ayah atau Suami telah mengorbankan masa mereka untuk pastikan keluarga mereka selesa"

Dikarang oleh Inaaina | Dakwah
Ayah, Suami

Kita hidup pada zaman yang sangat mencabar pada waktu ini, dan banyak perkara pada masa ini bergantung kepada WANG. Ini sangat berbeza kalau di bandingkan dengan zaman datuk nenek kita dahulu, pada waktu itu kebergantungan kepada wang tidak lah seperti sekarang. Saya ambil sebagai contoh kalau dahulu kita tanam sendiri padi atau sayur ataupun tangkap sendiri ikan untuk dimakan dan hanya kadang-kadang jika kita perlu barulah kita ke pasar dan pada waktu itu bil air dan elektrik juga tiada.

Tapi berbeza buat masa ini, semua benda memerlukan wang, baru sahaja start kereta dan jalan di atas jalan raya sudah perlu bayar tol atau isi minyak. Kita lihat budaya sekarang ramai yang terpaksa bekerja berhempas pulas dari pagi hingga ke petang bahkan pada hujung minggu juga demi menampung kehidupan.

Pada artikel ini saya hanya mahu berkongsi dengan pembaca artikel baitulmuslim.com sekalian tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh ayah atau pun suami kita. Bukan lah di sini saya maksudkan yang pihak wanita tidak berkorban, dan saya tahu terdapat segelintir wanita yang membuat pengorbanan yang lebih banyak daripada pihak lelaki, namun artikel ini lebih memfokuskan kepada pihak lelaki kerana seperti yang kita tahu adalah menjadi tanggungjawab pihak lelaki bagi menyediakan keperluan tersebut. Artikel dibawah telah diambil daripada IIUM Confession Page dan saya kira amat menarik untuk dikongsi kepada pembaca-pembaca sekalian.

Assalamualaikum ..

Sebelum saya teruskan penulisan ini, saya nak beritahu bahawa sebelum ini saya tidak pernah post apa-apa artikel samada di iium, krt atau sebagainya.

Saya post ini hanya untuk masyarakat tahu terutama golongan isteri dan anak anak betapa besarnya pengorbanan seorang lelaki yang jawatan beliau sebagai seorang AYAH atau SUAMI.

Saya ingin mengucapkan tahniah pada ayah-ayah dan suami-suami di seluruh muka bumi Allah ini sekiranya anda berjaya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya

di zaman ekonomi yang tak berapa elok. Tahniah juga pada anda semua kerana berjaya memberi kegembiraan kepada isteri dan anak anak untuk persediaan hari raya sebelum ini.

Kenapa hari raya? Sebab hari raya adalah hari paling banyak keluar duit walaupun setahun sekali. Tapi bukan raya yang saya nak ceritakan..

Ayah atau Suami, mereka ini antara spesis yang sangat tabah tetapi ada juga Ayah dan Suami yang jenis tak boleh pakai sikit .. yang jenis suka lepas tangan. Tapi yang pasal tak boleh pakai itu saya tak nak cerita.

Untuk pengetahuan isteri-isteri atau anak-anak, Ayah atau Suami telah mengorbankan masa mereka untuk pastikan keluarga mereka selesa.

Segala apa yang mereka buat bukan untuk diri mereka sendiri tetapi untuk keluarga. Itu namanya pengorbanan.

Zaman sekarang berapa ramai isteri yang cium tangan suami dan minta ampun seikhlas hati sebelum suami keluar mencari rezeki.

Pergi kerja pun boleh maut, terutama yang menunggang motorsikal. Kalau isteri telah lama tidak buat, sila lah buat segera.

Berapa ramai pula yang sambut suami atau ayah mereka pulang dari cari rezeki? Hidangkan air minum? Pada isteri yang buat, tahniah buat anda.

Zaman sekarang isteri pun berkerja jadi mereka gunakan alasan mereka penat untuk tanya semua itu.

Golongan suami atau ayah kebanyakkannya tidak mahu wang ringgit sebagai balasan, mereka cuma mahu apa usaha mereka buat dihargai.

Hormati mereka dan layan lah mereka seperti raja.

Ada suami atau ayah yang buat lebih dari 2 kerja zaman sekarang sampai kalau mereka tidak boleh jatuh sakit tapi kalau sakit mereka tetap tak boleh berhenti.

Tanggungan zaman sekarang bukan mudah, jadi para isteri dan anak anak tolong paham.

Mereka cuma mahu dihargai sahaja. Percaya lah ..

Kalau ada masalah terutama kewangan, mereka akan berusaha untuk selesaikan masalah tersebut.

Kalau ada permintaan dari isteri atau anak, mereka akan cuba tunaikan walaupun di luar kemampuan mereka.

Jadi kalau tidak tertunai jangan lah bergaduh dengan mereka kerana mereka tidak mampu. Kasihani lah mereka kerana mereka mencuba tapi tidak berjaya.

Ni contoh (kasar) perbelanjaan seorang suami/ayah sebulan. Ini diambil dengan kebenaran dari seorang kenalan.

Sewa Rumah – RM800

Kereta – RM 550

Insuran – RM 300

Api / Air – RM 200

Internet – RM 150

Prepaid – RM 60

Sekolah Anak – RM 300

Barang Anak – RM 550

Barang Dapur – RM 500

Duit Kampung – RM 200

Kredit Kad – RM 200

Total hampir cecah RM 4000


*dan ini tidak termasuk duit makan harian di pejabat dan duit minyak dan tol.

Belum campur bila perlu balik kampung secara tiba-tiba. Belum campur bila isteri teringin sesuatu atau anak ingin mainan tertentu. Belum campur bila kereta rosak. Tetapi bagi golongan suami dan ayah mithali ini, jarang akan dengar rungutan bahawa tidak cukup. Mereka akan control kewangan sebaik munkin dan bukan isteri sahaja ada secret saving malah ramai suami sebenarnya ada secret saving.

Secara keseluruhan, saya memang salute pada golongan Ayah dan Suami yang begini. Spesis begini bukan senang nak jumpa terutama bila dalam keadaan susah. Yang lain lain tu mungkin senang sebab keluarga berada atau gaji suami atau isteri tinggi. Yang saya tulis ini untuk golongan yang berkemampuan sederhana yang mampu untuk memberi makan minum pakai cukup alhamdullilah untuk keluarga sendiri.

Bagaimana nak jadi seperti mereka?



Solat jangan tinggal

Banyak muhasabah diri

Percaya pada rezeki

Jangan mudah salahkan takdir

Ikut ajaran Rasul kita.




Sekiranya penulisan saya ini teruk, saya mohon maaf. Yang baik datang dari Allah SWT dan yang khilaf itu datang dari saya. Saya cuma nak semua tahu bahawa didalam zaman masa kini masih ramai suami atau ayah yang patut dihargai. Jangan lah abaikan mereka dan selalu assume bahawa semua perkara mereka boleh selesaikan atau keluar duit. Memang boleh, insyallah tetapi cuba tanya betul betul betapa susahnya mereka mencari rezeki. Saya bersyukur ada rakan rakan yang perangai seperti mereka dan saya berdoa bila saya kahwin nanti dan ada isteri dan anak anak saya akan menjadi seperti mereka.

Cerita ini tiada kaitan samada hidup atau mati. Kita muhasabah diri dan fikir apa yang telah kita buat selama ini. Jangan sudah tiada baru hendak menyesal, ketika itu buang masa saja menangis.

(Credit to IIUM Confession Page)

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar