CIRI-CIRI JODOH DALAM ISLAM

CIRI-CIRI JODOH DALAM ISLAM

"apabila seseorang lelaki memilih bakal isteri yang solehah dan baik, nescaya mereka akan mendapat jaminan kebahagiaan rumah tangga"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah

Islam telah menggariskan panduan dalam pemilihan jodoh bagi kaum wanita dan juga lelaki. Ianya juga sudah tertulis di dalam hadis. Berikut adalah ciri-ciri jodoh dalam Islam bagi kaum lelaki dan juga wanita.

Lelaki

Bagi golongan lelaki, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadis ini telah direkodkan oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.

Di sini kita sudah dapat lihat di mana Rasulullah SAW telah mengarahkan agar seorang lelaki memilih wanita yang beragama sebagai isteri serta menjanjikan kebahagiaan ke atas pilihan yang berasaskan agama.

Wanita

Bagi golongan wanita pula, Rasulullah telah mengenakan 2 syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Manakala di dalam riwayat yang lain, selepas Rasulullah SAW bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah SAW mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak 3 kali - Abu Hatim Al-Muzani r.a.

Panduan dalam mencari Jodoh

Dalam membina ikatan perkahwinan yang harmoni dan diberkati oleh Allah SWT, mereka disarankan supaya mengambil kira panduan Syara’ dan saranan Nabi. Ianya dimana, bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah (beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain. Sabda Rasulullah SAW;

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik - Riwayat Ibnu Majah.

Oleh itu, bagi kaum lelaki, carilah isteri yang beragama, ini adalah kerana apabila seseorang lelaki memilih bakal isteri yang solehah dan baik, nescaya mereka akan mendapat jaminan kebahagiaan rumah tangga. InshaAllah :)

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar