MEMILIH JODOH (PASANGAN HIDUP)

MEMILIH JODOH (PASANGAN HIDUP)

"dalam pemilihan jodoh, ianya seharusnya dilakukan dengan cermat"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah
Memilih, Jodoh, Pasangan, Hidup

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan atau pernikahan sangatlah diperlukan, ianya juga merupakan fitrah semulajadi setiap manusia untuk hidup berpasang-pasangan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di muka bumi ini. Perkahwinan juga merupakan asas bagi melanjutkan sebuah bahtera kehidupan setiap manusia.

Perkahwinan dipandang atas dasar terbentuknya sebuah keluarga dan daripadanya pula nanti akan terbentuk satu masyakarat, maka pemilihan calon untuk dijadikan pasangan hidup merupakan perkara yang sangat penting untuk diperhatikan. Ianya bertujuan supaya sebuah perkahwinan menjadi abadi dalam pengertian duniawi dan tercapainya keluarga yang bahagia dan harmoni.

Dalam pemilihan jodoh (calon suami atau isteri), ianya seharusnya dilakukan dengan cermat, ini adalah kerana, ianya akan menentukan kebahagiaan seseorang dalam hubungan rumah tangga kelak. Pada zaman ini, kita sering didengari dengan berita-berita perceraian disebabkan oleh rumah tangga yang kacau-bilau. Setelah diperhatikan, sebahagian daripada sebabnya adalah kerana kesilapan atau kesalahan dalam memilih pasangan hidup.

Kesalahan ini kadang kala baru sahaja dialami oleh pasangan suami isteri setelah perkahwinan mereka dilangsungkan. Perkara ini terjadi apabila mereka salah dalam menentukan calon suami atau isteri yang dipilih itu hanya berdasarkan kepada selera dan hawa nafsu semata-mata.

Beberapa pendapat tentang jodoh:

JODOH MERUPAKAN TAKDIR SEMATA-MATA

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia mesti menerima jodohnya baik ataupun buruk”

Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tetapi sayangnya pendapat ini kurang tepat. Pendapat ini dianggap lemah kerana sifatnya yang pasif, HANYA MENERIMA SAHAJA CALON JODOH YANG DATANG DAN DITEMUINYA. Ianya seolah-olah dipandang hanya sebagai takdir Tuhan semata-mata, hingga ianya tidak boleh dipilih lagi.

Pendapat ini kurang tepat kerana, mereka akan menyalahkan Tuhan sekiranya ada apa-apa masalah atau kegagalan dalam rumah tangga mereka nanti yang boleh mengakibatkan berlakunya perceraian. Seperti yang kita sering dengar “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya dengan si dia sampai di sini sahaja”. Tuhan pula yang dipersalahkan.

JODOH MERUPAKAN TAKDIR DAN PERLU MENCARI

“Jodoh di tangan Tuhan tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihya”

Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum lengkap. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

Pada kebiasaannya, manusia akan berikhtiar mencari jodoh, tetapi sering mengikut keinginan sendiri atas pertimbangan tertentu yang bersifat peribadi. Bila dah macam ini, pasti mereka mahu yang sempurna je kan? Biasanya, mereka cenderung mencari yang cantik paras rupanya, banyak harta, berpendidikan dan berkedudukan tinggi dan sebagainya. Kalau nak cari yang perfect je, susah lah nak jumpa kan?

JODOH, WAJIB BERIKHTIAR SESUAI DENGAN KETENTUAN ALLAH

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Pendapat ini adalah yang paling sempurna. Memang begitulah aturan dalam mencari jodoh. Oleh itu, memilih jodoh bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan waktu yang agak panjang kerana kita harus melihat apakah calon pasangan hidup kita itu sesuai menurut Islam, yang mampu membimbing kita ke akhirat nanti, dan juga yang boleh membahagiakan kita.

Credit Ummu A’fiah (Menyingkap Tabir Suami Isteri Dalam Perkahwinan)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar