MENANTI JODOH? ANTARA DOA UNTUK BERTEMU JODOH YANG PATUT DI AMALKAN.

"sejak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT"

Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 

Mereka yang belum kahwin pasti masih setia menantikan jodoh mereka yang belum kunjung tiba lagi. Namun yang sering berlegar di fikirannya, apakah jodoh kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT? Jawapan nya, YA. Sejak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi jodoh kita sudah ditentukan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang di riwayatkan oleh Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud r.a yang menjelaskan tentang hadis ini:

“Sesungguhnya salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam waktu empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat puluh hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan empat perkara, iaitu: menulis rezekinya, batas umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya”

Berdasarkan hadis ini, ianya sudah jelas bahawa jodoh sudah ditetapkan oleh Allah SWT ketika kita masih di dalam rahim ibu. Meskipun ianya sudah tertulis tentang siapa jodoh kita, tugas kita sebagai manusia seharusnya berusaha dalam mencari jodoh. Begitu juga dalam mencari rezeki, jodoh juga tidak akan datang kepada kita jika tidak diusahakan. Salah satu cara dalam mencari jodoh adalah dengan berdoa kepada Allah, antara doa-doa yang patut di amalkan adalah:

Doa minta Jodoh

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [isteri-isteri] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (QS Al-Furqaan 74)

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.

"Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.

(Bagi lelaki)

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.

(Bagi wanita)

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة

"ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.

Ayuh sama-sama kita amalkan bacaan ini moga kita dipertemukan jodoh oleh Nya. Amin.

Kongsi artikel ini: