PEMILIHAN JODOH MENURUT PANDANGAN ISLAM

“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku”

Kategori Artikel: 
Kongsi artikel ini: 
Pemilihan, Jodoh, Menurut, Pandangan, Islam

Seperti yang sudah diketahui umum, urusan jodoh adalah di tangan Allah SWT. Jodoh adalah takdir yang sudah Allah tetapkan bagi umat manusia. Kalau mahu mencari, bukan hanya berdasarkan pada paras rupa sahaja, malah, haruslah bagus juga imannya terhadap agama.

Menikah merupakan Sunnah Nabi, iaitu sesuai dengan fitrah manusia.  Hikmah yang dapat dipelajari dalam sunnah ini apabila munculnya ketenteraman jiwa dalam diri seorang manusia selepas bernikah. Dengan pernikahan, akan wujudnya kasih sayang, cinta dan kesatuan antara suami isteri. Malah, dengan pernikahan juga, keturunan umat manusia akan makin bertambah. Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin. Daripada Aisyah r.a berkata, Sabda Nabi SAW:

“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku”. (Riwayat Ibn Majah)

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Ruum:30).

Berdoa kepada Allah SWT agar diberikan jodoh yang baik

Sebagai contoh, amalkan solat sunat hajat. Allah telah berjanji dalam firmanNya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya. Mereka haruslah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh dan berdoa kepada Allah agar mendapat jodoh yang baik dengan cara-cara yang sesuai yang telah ditetapkan oleh Islam.

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula .(QS : An Nuur : 26)

Meminta ibu bapa untuk mencarikan jodoh yang baik

Ibu bapa adalah orang yang membesarkan kita sejak dari kita lahir lagi, mereka lebih mengetahui baik buruk akan diri kita lebih dari kita mengenali diri sendiri, tak salah sekiranya meminta mereka dalam membantu anda dalam mencari jodoh yang baik. InshaAllah, kebiasaanya, pilihan mereka adalah yang terbaik smiley

Melalui kawan atau saudara mara

Gunakan mediator lain seperti kawan, saudara mara atau orang yang boleh dipercayai.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya."

“Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya (An Nuur : 32-33)”

Mencari sendiri

Dalam soal pemilihan Jodoh, muslimin dan muslimat berhak mencari sendiri. Rasulullah SAW pernah memberikan kriteria untuk menentukan pilihan pasangan hidup bagi umatnya, yang apabila dilaksanakan, rumah tangga yang harmoni mampu dirasai oleh mereka. Amin.

"Apabila datang laki-laki (untuk meminang) yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya maka kahwinkanlah dia, dan bila tidak kamu lakukan akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas". (HR. Tirmidzi dan Ahmad) (Khas untuk kaum perempuan)

Jangan berputus asa

Jodoh adalah masalah Ghaib yang menjadi rahsia Allah, sebagai manusia, kita hanya mampu berusaha, berikhtiar dan selebihnya kita serahkan pada Allah SWT. Sudah dijanjikan oleh Allah bahawa semua makhluk-Nya, dijadikan berpasang-pasangan. Hanya Allah yang mengetahui bila waktunya.

Oleh itu, dalam persoalan jodoh, setiap orang haruslah bersungguh-sungguh, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya harus aktif. Bukan hanya mengharapkan pada kaum lelaki sahaja untuk memulakan dahulu. Semoga urusan kita semua dipermudahkan…. Amin..

Kongsi artikel ini: