RAHSIA HIDUP BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT

RAHSIA HIDUP BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT

"setiap manusia menginginkan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah

Setiap manusia menginginkan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak. Bagi umat islam, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah merupakan panduan setiap mukmin untuk menuju kepada kehidupan yang bahagia. Entri kali ini kami akan kongsikan beberapa rahsia dalam menuju kehidupan yang bahagia sama ada di dunia mahupun akhirat.

Berpegang teguh kepada Al Quran dan Hadis

Al-Quran merupakan firman Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad SAW. Kitab suci ini mengandungi pedoman hidup manusia di dunia. Maka bagi sesiapa yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan As Sunnah, dadanya akan sentiasa lapang dan bersinar penuh dengan petunjuk dan cahaya kebahagiaan.

Menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya

Setiap yang Allah perintahkan kepada manusia, ianya bernilai pahala, yang merupakan sesuatu yang mampu membuat hati seseorang menjadi bahagia dan sentiasa berada dalam keadaan tenang. Dalam mengejar kebahagiaan hidup dunia akhirat, sebagai manusia kita mestilah memperbanyakkan perbuatan yang mendatangkan pahala kepada kita. Jauhi larangan Allah, nescaya kita akan hidup dalam keadaan yang tenang dan bahagia.

Memperbanyakkan rasa syukur dalam hidup

Salah satu rahsia untuk hidup bahagia adalah dengan sentiasa memperbanyakkan rasa syukur pada Allah SWT. Kita akan hidup dalam keadaan tenang kerana sentiasa mengingat akan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah pada kita. Jangan sesekali merungut dengan dugaan yang menimpa. Sesungguhnya itu semua adalah takdir Allah. Kita sebagai manusia hanya perlu berdoa.

Demikian itu, sebagai manusia, marilah kita mengamalkan perkara-perkara ini agar kita dapat menggapai kebahagiaan hidup di dunia mahupun akhirat. InshaAllah 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar