SALAHKAH JIKA MEMILIH JANDA?

SALAHKAH JIKA MEMILIH JANDA?

"kesalahan itu menyebabkan wanita janda yang elok peribadinya tidak di minati bahkan ada yang di keji di pandangan masyarakat"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah
Janda, Isteri, Perempuan

Golongan yang susah ekonominya dan di susahkan pula oleh pandangan masyarakat terhadapnya.

Janda di maksudkan dengan seorang wanita yang kehilangan suami, sama ada bercerai hidup (bercerai namun bekas suami masih hidup) atau bercerai mati (bercerai kerana kematian suami). Stigma masyarakat umumnya merasakan janda adalah pembuat masalah. Mereka adalah golongan yang menggatal, ingin menumpang kasih pada suami orang dan lain lain pandangan negatif yang di lemparkan.

Kesalahan itu menyebabkan wanita janda yang elok peribadinya tidak di minati bahkan ada yang di keji di pandangan masyarakat. Mereka sering menjadi buah mulut ramai menyebabkan mereka menjadi malu untuk mencari pasangan walaupun mereka memerlukan pasangan untuk menjaga kehidupan mereka atau mungkin anak anak setelah ketiadaan pasangan mereka.

Sekiranya kita teliti, perkahwinan pertama Rasulullah S.A.W. adalah dengan janda. Ini bererti janda bukanlah di anggap second class atau hanyalah di kahwini sebagai isteri no 2, no 3 atau no 4, bahkan janda di anggap sama seperti gadis sunti yang lain. Sekiranya elok perilaku dan sifatnya, maka mengapa tidak menjadikan ianya pilihan.

Sekiranya anda memilih untuk menjadikan mereka sebagai pasangan, tips tips di bawah teramat sesuai untuk anda.

Jangan bertanya soalan mengenai masa silamnya melainkan dia yang menceritakan.



Perkahwinan sebelum ini pasti ada masam manisnya. Elakkan bertanya atau membuat perbandingan antara anda dan pasangannya sebelum ini bagi mengelakkan masalah berlanjutan seperti trauma, atau masalah masalah lain.

Kurangkan mengambil tahu mengenai masa silam bersama bekas suaminya sekiranya ada, dan elakkan untuk bertanya mengenai isteri pada bekas suaminya.



Pastinya ada sedikit ketidak sefahaman berlaku oleh isteri anda pada perkahwinan sebelum ini. Elakkan menyelidik mengenai kisah silamnya terutama pada bekas suaminya. Mungkin masalah itu benar benar ada pada isteri anda dan akan menyebabkan kasih sayang anda padanya berkurangan. Perkahwinan anda dan isteri anda adalah perkahwinan baru. Usah campuri dengan kisah silamnya.

Fahami trauma isteri mengenai perkahwinan sebelum ini



Trauma di sini bukanlah bererti trauma kerana si suami memukulnya, tetapi trauma trauma biasa yang mungkin ada, terutama trauma di tinggalkan oleh yang tersayang. Sekiranya si isteri bertindak luar biasa pada sesetengah keadaan, fahami keadaan yang isteri anda alami. Bawa berbincang dan minta ia beri kepercayaan kepada anda.

Jagalah anak isteri (sekiranya ada) seperti anak sendiri.



Anak adalah anugerah ilahi. Naluri si ibu pasti ingin bersama dengan anak anaknya. Jadikan diri anda jambatan kasih sayang ibu dan anak dan jangan bertindak sebaliknya. Jangan menyiksa jiwa si ibu dengan memberi pilihan sama ada anda atau anaknya. Sebaiknya anda menjadi seorang ayah pada anaknya. Apabila anda memilih seorang wanita sebagai teman hidup anda, bererti anda memilih keseluruhan kehidupannya sebagai sebahagian kehidupan anda.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar