SOLAT TAHAJJUD UNTUK MENJEMPUT JODOH

SOLAT TAHAJJUD UNTUK MENJEMPUT JODOH

"Solat Tahajjud juga antara salah satu ibadah yang patut diamalkan dalam mencari jodoh"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah
Solat, Tahajjud, Menjemput, Jodoh

Apa itu Solat Tahajjud? Apa kaitan Solat Tahajjud dengan menjemput jodoh? Selain berusaha dengan melakukan Taaruf atau sebaliknya dalam memperoleh atau mencari Jodoh, Solat Tahajjud juga antara salah satu ibadah yang patut diamalkan dalam mencari jodoh.

Namun, sebelum itu, pertama sekali, jangan berprasangka buruk terhadap Allah SWT, sentiasa bersangka baik, kerana perkara ini adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk manusia. Bentuk ujian yang disampaikan kepada manusia adalah dengan melambatkan jodoh mereka. Kita sebagai orang beriman seharusnya menerima ujian Allah dan mempercayai bahawa setiap ujian dan dugaan pasti ada hikmah disebaliknya. Jangan sesekali berputus asa dalam mencari jodoh, terus berusaha.

Seperti firman Allah SWT: “Dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana hanya orang-orang kafirlah yang berputus asa” (QS Yusuf:87).

Solat Tahajjud merupakan solat sunat yang dilaksanakan pada waktu malam hari dan sesudah tidur, walaupun tidurnya hanya sebentar sahaja. Ianya lebih afdal dilakukan secara bersendirian. Solat Tahajjud amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Solat ini merupakan salah satu amalan wirid yang dilakukan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Sabda Rasulullah SAW: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a)

Cara mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat dan maksimum sebanyak 12 rakaat. Mengikut kemampuan, dengan setiap rakaat satu salam. Jika dirasakan berat, cukuplah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Sabda Rasulullah SAW: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud, baca doa berikut:

Niat Solat Tahajjud:

Ertinya: “Aku niat solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

  • Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)

  • Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau

  • Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun

  • Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau

  • 10 Ayat terakhir, Surah Al-Imran,

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada Solat Tahajjud Baginda)

Seterusnya, amalkan bacaan doa ini yang turut dibaca oleh Rasulullah SAW:

Dan diikuti dengan doa ini:

Solat Tahajjud adalah Solat Sunat yang memiliki keutamaan terbesar setelah solat fardu. Siapa sahaja yang memohon kepada Allah SWT, akan dikabulkanNya, namun, mestilah dengan penuh keikhlasan dan jangan mudah berputus asa. Demikian juga dengan jodoh. Selain berikhtiar dengan berusaha mencari jodoh dan memohon kepada Allah dengan melalui Solat Tahajjud akan mendekatkan diri kita dengan jodoh. Dengan penyerahan diri dan keikhlasan dalam menjalani hidup merupakan kekuatan yang hanya dimiliki oleh hamba-hamba yang dicintaiNya.  

Apabila seseorang itu telah memasang niat untuk bangun pada waktu malam untuk melakukan Solat Tahajjud, ianya dapat membantu memudahkan mereka bangun untuk menunaikan solat pada waktu malam, namun sekiranya mereka terlajak sampai ke pagi, maka niatnya sudah dicatat sebagai satu pahala.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”  (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Semoga dengan menjalankan amal ibadah di atas, urusan kita semua dipermudahkan dalam mencari jodoh dan mendapat jodoh yang boleh membahagiakan kita dunia akhirat. Insha Allah.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar