TANGISAN SYAITAN DI HARI PERKAHWINAN

TANGISAN SYAITAN DI HARI PERKAHWINAN

"sesungguhnya perkahwinan adalah jalan keluar dari godaan nafsu syahwat"

Dikarang oleh Inaaina | Ibadah
Hari, Perkahwinan

Setiap insan di muka bumi ini bercita-cita untuk berkahwin. Ini kerana, perkahwinan adalah fitrah semulajadi manusia yang Allah telah tetapkan dalam diri manusia. Sesiapa sahaja yang mengatakan mereka senang atau selesa hidup bujang sebenarnya mereka telah menentang fitrah hatinya, nescaya kelak hati mereka pasti akan menderita.

Bukti seorang manusia dalam mengejar perkahwinan adalah apabila kita lihat si lelaki berusaha mendapatkan pangkat dan kekayaan dalam mendapatkan calon isteri idaman mereka. Pada zaman ini, sejak mereka di bangku sekolah lagi mereka sudah timbul perasaan ingin berkahwin, cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Bila dah habis belajar, kerja, baru lah dapat buat simpanan untuk berumah tangga.

Pada zaman dahulu, di kala teknologi pada masa itu belum canggih berbanding zaman sekarang, murid lelaki hanya mampu berutus surat sahaja kepada murid perempuan yang diminatinya, kalau nasibnya baik, terbalas lah surat itu, namun sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka, tidak akan ada sebarang respon lah kan? Tetapi, jika dibandingkan  pada zaman ini pula, semua benda dah mudah dan cepat. Semuanya gara-gara smart phone, tambahan pula dengan adanya sosial media, bertambah senanglah cinta itu nak berputik.

Begitu juga yang berlaku pada perempuan, dah masuk dewasa sikit, dah pandai melaram cantik-cantik, kenapa? Dengan harapan, adalah lelaki yang terpikat. Dah pandai make up, dan pakai baju cantik-cantik, kerana sifat perempuan yang selalu ingin tampak cantik di mata si lelaki.

Namun, perkenalan antara lelaki dan perempuan yang membelakangkan syariat Islam akan menuju ke lembah dosa dan penuh kehancuran. Justeru itu, mudah lah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana, apabila mereka berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, maka SYAITAN AKAN JADI ORANG KETIGA yang akan menimbulkan perasaan berahi antara si lelaki dan perempuan hinggalah berlaku perbuatan zina.

Oleh itu, apa kaitan perkahwinan dengan tangisan syaitan? Ya, sesungguhnya perkahwinan adalah jalan keluar dari godaan nafsu syahwat. Imam Al Ghazali menyatakan tujuan perkahwinan ialah untuk memberitahu kepada semua umat manusia ianya adalah satu nikmat di akhirat. Ini kerana, jimak adalah merupakan sala satu nikmat Allah di syurga yang diberi rasa nikmat itu sedikit di dunia. Jadi, dengan berasa nikmat yang sedikit itu, manusia lebih berhajat untuk merasai nikmat yang lebih besar di akhirat kelak.

Selain itu, perkahwinan juga bertujuan mengekalkan keturunan. Melalui perkahwinan itu, umat manusia akan bersambung dari zaman ke zaman. Sabda Rasulullah SAW:

“Kahwinlah berketurunanlah, maka kamu akan menjadi banyak. Sesungguhnya aku bangga dengan kamu sekalian pada umat-umatku yang ramai di hari kiamat”

Sesungguhnya godaan nafsu syahwat sangat hebat, sesiapa yang tidak dapat mengendalikannya akan terjerumus dengan maksiat. Justeru itu, apabila anak Adam itu berkahwin, maka menangislah si syaitan itu, hilanglah peluangnya untuk menyesatkan anak Adam itu melalui nafsu syahwatnya. Sedangkan selama ini, anak Adam itulah yang menjadi umpan untuk menyesatkan manusia ke arah kancah maksiat.

Jangan sesekali disebabkan tidak cukup duit maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal nafsu syahwat sudah tak tertahan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong mereka kepada perbuatan maksiat. Dek kerana hantaran yang beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau terpaksa melewatkan pernikahan, sedangkan perkara ini amatlah tidak patut.

Oleh itu, sesungguhnya sebagai seorang manusia, apabila sudah bersedia, maka percepatkanlah perknikahan anda dan pasangan anda,biarkan sahaja tangisan syaitan di hari pernikahan anda. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar