fbpx4 SEBAB MENGAPA BERKAHWIN MEMUDAHKAN REZEKI

4 SEBAB MENGAPA BERKAHWIN MEMUDAHKAN REZEKI

4 SEBAB MENGAPA BERKAHWIN MEMUDAHKAN REZEKI

"tidak ramai yang bersedia dan mengaku telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Setiap orang biasanya ingin berkahwin dan ingin membina rumahtangga yang bahagia, namun begitu tidak ramai yang bersedia dan mengaku telah bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada usia muda. Pada fikiran mereka berkahwin pada waktu muda akan menjejaskan karier mereka. Adakah benar perkahwinan akan menjejaskan karier yang akan kita bina? Namun ada sesetengah orang berpendapat dan mengatakan berkahwin akan memudahkan rezeki. Pernahkah anda mendengar orang bercakap ‘ini rezeki isteri’ atau ‘rezeki anak’? Dibawah kami sertakan antara sebab-sebab mengapa perkahwinan memudahkan rezeki seseorang.

Lebih Semangat Untuk Bekerja

Setelah berkahwin anda bukan hanya hidup sendirian tapi secara berpasangan dan secara tidak disedari anda akan menjadi lebih semangat untuk bekerja apatah lagi jika niat anda adalah untuk membahagiakan  keluarga anda. Disebabkan itu perkahwinan bukanlah alasan untuk anda bermalas-malasan  apatah lagi jika telah mempunyai anak maka tanggungjawab anda akan menjadi lebih besar.

Belajar Untuk Menahan Diri

Kita biasanya mempunyai keinginan seperti mahu membeli kereta mewah,gadjet yang mahal ataupun pakaian yang berjenama, namun setelah berkahwin anda perlu mengalah dan memberi  keutamaan kepada keluarga anda. Apabila anda melebihkan keluarga anda inshaallah rezeki anda menjadi lebih berkat dan rezeki lain juga akan semakin bertambah

Lebih Pandai Menguruskan Kewangan

Jika dahulu anda hanya membelanjakan wang untuk diri anda sendiri namun setelah berkahwin anda juga perlu berbelanja dan memberi nafkah untuk keluarga anda. Jika sebelum ini anda boros seharusnya selepas berkahwin anda perlu lebih berhati-hati dalam membelanjakan wang. Perkhawinan akan membantu anda untuk belajar cara pengurusan wang dan ianya amat penting demi kebahagiaan rumah tangga.

Lebih Rajin Untuk Menabung

Setelah berkahwin anda akan menjadi lebih terbuka kerana banyak perkara yang anda perlu memberi keutaamaan dan anda sepatutnya perlulah mula menyimpan wang, lebih-lebih lagi jika merancang untuk mempunyai anak. Oleh yang demikian simpanan wang adalah penting untuk kegunaan selepas mempunyai anak nanti dan juga mungkin boleh digunakan sewaktu anda mengalami kecemasan yang memerlukan banyak wang.

 
Kongsi artikel ini: