5 Punca wanita kahwin lambat

5 Punca wanita kahwin lambat

Kalau zaman ayah atau datuk kita, kahwin awal merupakan satu budaya atau kebiasaan. Ianya sangat berbeza pada masa kini.

Dikarang oleh hasrulhamimie | Motivasi

Berkahwin merupakan salah satu impian hidup sama ada lelaki atau perempuan. Dengan berkahwin kita dapat membina keluarga kita dan meramaikan umat islam. Namun begitu, ada sesetengah orang yang agak fobia apabila mendengar perkataan kahwin terutamanya bagi wanita.

Kalau zaman ayah atau datuk kita, kahwin awal merupakan satu budaya atau kebiasaan. Ianya sangat berbeza pada masa kini. Mungkin kerana beberapa faktor. Jadi, entri kali ini, kami akan kongsikan 5 punca wanita kahwin lambat. Semoga pembaca lebih memahami masalah mereka dan cuba mencari jalan bagi menyelesaikan masalah kahwin lambat dikalangan wanita yang semakin hari semakin meningkat.

1. Pilihan hati mendapat bantahan keluarga.

Antara sebab wanita kahwin lambat yang pertama ialah mereka sudah ada pilihan hati tetapi tidak dipersetujui oleh keluarganya. Apabila perkara ini berlaku, wanita tersebut akan tawar hati untuk berumah tangga dengan calon lain kerana hatinya sudah tidak dapat menerima pilihan lain kecuali pilihan hatinya. Biasanya kita akan lihat situasi ini banyak dalam drama, tetapi jangan terkejut ianya juga berlaku dalam masyarakat kita sekarang.

2. Hati sudah serik bercinta.

Apabila putus cinta kali pertama atau seterusnya, mereka akan rasa fobia dengan lelaki lain. Mereka seolah-olah hilang kepercayaan tehadap cinta dan lelaki. Sikap malas nak fikirkan pasal jodoh dan tidak menaruh harapan akan menguasai diri mereka seterusnya menjadikan mereka tidak mahu berkahwin.

Bagi mereka yang pernah melalui fasa putus cinta tentu pernah merasai saat ditinggalkan oleh mereka yang pernah dicintai. Mereka akan rasa diri mereka dikhianati oleh pasangan.

3. Gaji dan pangkat lebih tinggi daripada lelaki.

Paras rupa yang menarik, gaji dan pangkat yang lebih besar daripada lelaki akan membuatkan kebanyakan lelaki takut untuk mendekati wanita yang ada penampilan begini. Bagi seorang lelaki, wanita yang mempunyai kelayakan seperti ini, tidak akan memandang dan tertarik dengan lelaki yang biasa. Sebab itu, lelaki tidak akan merendahkan ego dirinya dan tidak mahu mengambil risiko untuk memikat wanita yang berstatus tinggi.

4. Pentingkan kerjaya daripada keluarga.

Kerjaya juga merupakan salah satu faktor bagi seseorang wanita untuk melupakan hasrat berumah tangga. Mungkin bagi mereka, mengumpulkan harta dahulu dan tidak berharap kepada kaum lelaki adalah antara perkara yang penting yang mereka mesti lakukan sebelum berkahwin. Mereka tidak suka bergantung harap kepada lelaki. Dalam dunia sekarang, ramai kaum wanita yang mempunyai kerjaya yang bagus.

5.  Kecewa dengan sikap lelaki.

Sebenarnya ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki. Contohnya, sikap mereka yang suka memandang kepada kecantikan wanita itu semata-mata. Wanita yang kecewa  biasanya menjadi malas hendak memikirkan soal perkahwinan. Mereka mungkin memerlukan masa untuk mengerti tentang kepentingan sebuah perkahwinan.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar