fbpxAIR MATA SEORANG LELAKI

AIR MATA SEORANG LELAKI

AIR MATA SEORANG LELAKI

"walau sekeras mana pun hati lelaki itu, sehingga ke satu tahap, mengalir juga air mata berharga mereka"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Lelaki, seperti yang diketahui umum, amat sukar bagi mereka untuk mengalirkan air mata. Jadi, apa ertinya tangisan dari seorang lelaki? Lelaki yang kita kenali penuh dengan sifat kegagahan dan tidak mudah tersentuh, berbeza dengan kaum perempuan, yang amat mudah tersentuh, ianya kerana sifat semulajadi mereka. Malah, walau sekeras mana pun hati lelaki itu, sehingga ke satu tahap, mengalir juga air mata berharga mereka. Namun, apakah sebab-sebabnya?

Kehilangan insan yang dicintai

Insan yang dicintai bukan hanya bermaksud kekasih semata-mata, malah ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai. Ianya mungkin boleh dikaitkan dengan kematian orang yang mereka cintai.

Apabila berjaya membanggakan ibu bapa mereka

Dalam menggenggam sesuatu kejayaan, ternyata mereka berjaya dalam membahagiakan ibu bapa mereka dengan kejayaan yang mereka peroleh. Akhirnya, mengalir air mata berharga mereka apabila menyaksikan kedua orang tua mereka tersenyum.

Apabila melihat orang yang mereka rapat sengsara

Ianya dapat dikaitkan apabila adik beradik mereka sendiri sedang ditimpa musibah atau dugaan. Sama ada dari segi masalah kewangan, kesakitan, atau sebaliknya. Mereka mudah menjadi lemah lantas mengalirlah air mata mereka.

Apabila mereka mengecewakan seseorang

Lelaki boleh mengalirkan air mata sekiranya mereka telah mengecewakan seseorang, walaupun lelaki sudah dikenali dengan hati yang macho, namun apabila mereka mengecewakan seseorang, mereka juga mempunyai perasaan seperti insan lain, tetap berasa bersalah dengan apa yang terjadi, lalu gugurlah air mata mereka.

Apabila selesai melafazkan akad nikah

Bagi setiap lelaki, saat untuk melafazkan akad nikah adalah perkara yang paling mereka takuti. Masa itu lah semua benda nak rasa, takut, sedih, risau, berdebar-debar. Namun setelah selesai melafazkan, sudah pasti mereka akan rasa cukup tersentuh lalu mengalir air mata hero mereka. Perkara yang selama ini ditakuti akhirnya sudah selesai.

Walaubagaimanapun, lelaki sepatutnya bersyukur dengan nikmat Allah, ini adalah kerana mereka telah diberi peluang untuk mengalirkan air mata hero mereka kerana air mata itu sememangnya boleh menjadi penawar di dalam kehidupan setiap manusia.

Kongsi artikel ini: