ANTARA PUNCA GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA!
ANTARA PUNCA GADUH BESAR DALAM RUMAH TANGGA!
"ianya juga boleh berlaku akibat daripada perkara yang remeh sahaja"
Ianya seakan-akan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga apabila berlakunya perselisihan faham antara suami dan isteri. Ada kalanya, ianya boleh berlaku akibat daripada perkara yang remeh sahaja. Namun, pertengkaran dalam rumah tangga adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan dalam setiap hubungan mahupun bagi mereka yang dah kahwin mahupun yang belum kahwin. Bahkan ianya juga dapat mengajar sesuatu hubungan itu menjadi lebih matang. Antara punca gaduh besar yang sering berlaku dalam rumah tangga adalah seperti berikut:
Wang
Masalah kewangan sudah menjadi sesuatu yang biasa yang sering terjadi kepada pasangan suami isteri. Dek kerana ekonomi yang kurang stabil, makin bertambah masalah yang dialami mereka. Perbelanjaan harian yang tidak mencukupi menyebabkan berlakunya pertelingkahan antara si suami dan juga isteri. Oleh itu, cara seseorang itu mengurus kewangan adalah sangat penting.
Cemburu
Seperti yang diketahui umum, cemburu boleh dikaitkan seperti perkara biasa yang menjadi punca pasangan bercerai berai. Cemburu boleh mengakibatkan sesetengah pasangan bertengkar lantas mereka memilih jalan untuk mengakhiri hubungan itu dengan perceraian. Setiap manusia berhak untuk memiliki perasaan cemburu, namun haruslah secara logik akalnya. Jangan sampai seksa diri sendiri dan pasangan.
Perbezaan pendapat
Bila dah terlalu lama menjalin hubungan, akan tiba saat dimana suami dan isteri itu sudah memiliki pendapat yang berbeza. Penyebab utama apabila mereka bertengkar dalam menegakkan pendapat masing-masing, lantas hubungan mereka akan menjadi dingin. Ianya akan membawa mereka ke arah penceraian. Oleh itu, apabila anda sedar akan ketidaksamaan pendapat antara suami/isteri, cuba selesaikan dengan cara baik. Dengar pendapat masing-masing terlebih dahulu.
Stress (Tekanan)
Setiap manusia pasti melalui saat di mana mereka menjadi stress sama ada disebabkan punca luaran mahupun dalaman. Kadang-kadang mungkin disebabkan stress di tempat kerja, mereka jadikan pasangan mereka tempat untuk meluahkan perasaan malah turut dilontarkan kemarahan itu kepada pasangan. Kalau ianya jarang-jarang berlaku, mungkin pasangan boleh terima lagi, tapi kalau ianya kerap terjadi, pasti mereka pun sudah jemu kan?
Sesungguhnya perceraian adalah HALAL, namun ianya SANGAT DIBENCI ALLAH. Oleh itu, sekiranya antara faktor-faktor di atas sering terjadi kepada pasangan suami isteri, cuba elakkan dan selesaikan dahulu dengan cara baik.
Belum ada jodoh?