fbpxANTARA SEBAB KENAPA SESEORANG SUSAH BERTEMU JODOH

ANTARA SEBAB KENAPA SESEORANG SUSAH BERTEMU JODOH

ANTARA SEBAB KENAPA SESEORANG SUSAH BERTEMU JODOH

Kita sering mendengar luahan seseorang yang sering sahaja mengadu akibat diajukan soalan-soalan berkaitan jodoh...

Dikarang oleh 21976 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Kita sering mendengar luahan seseorang yang sering sahaja mengadu akibat diajukan soalan-soalan berkaitan jodoh. Mereka sering berasa runsing setiap kali diajukan tentang; mengapa belum bertemu jodoh, mengapa terlalu sukar dalam bertemu jodoh dan bermacam-macam lagi soalan yang mendatangkan kerunsingan pada mereka. Pelbagai cara sudah dilakukan, tapi mereka masih belum dipertemukan jodoh yang sesuai. Namun, tahukah anda, sebenarnya kelewatan itu adalah berpunca daripada beberapa sebab yang juga datangnya daripada individu itu sendiri. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui antara sebab kenapa seseorang susah bertemu jodoh.

Tidak pandai bergaul

Kurang pergaulan juga adalah sebab utama kenapa seseorang itu sukar dalam mendapat jodoh. Apakah puncanya? Kerana apabila seseorang itu tidak reti bergaul dengan orang lain, mereka tidak akan berkembang termasuk dalam urusan yang berkaitan dengan ‘cinta’. Mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk bertemu dengan calon pasangannya. Namun, sekiranya nak bergaul pun seharusnya menuruti syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam, jangan sesekali melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.

Terlalu memilih

Ada segelintir wanita mahupun lelaki, mereka telalu mencari calon pasangan yang terlalu sempurna untuk dijadikan calon isteri atau suami mereka. Mereka telah menetapkan ciri-ciri yang diidamkannya sahaja dalam pemilihan calon pasangan. Kalau mereka bernasib baik, sudah pasti mereka akan dapat berjumpa dengan calon yang diidamkannya, namun sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka, sampai ke tua lah mereka tidak mampu memiliki calon idaman mereka.

Tidak yakin pada diri sendiri

Ada segelintir individu di luar sana yang mempunyai perasaan tidak yakin pada diri sendiri. Mereka tidak yakin akan setiap usaha yang dilakukan. Mereka berpendapat setiap perbuatan yang dilakukan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepadanya lebih-lebih lagi dalam soal percintaan.  

Terlalu sibuk bekerja

Islam sendiri menyeru umatnya untuk mencari rezeki dengan bekerja, namun bekerja itu biarlah berpada. Jangan sampai terlalu mengejar kepada karier sehingga perkara wajib yang lain pun dilupakan atau diendahkan. Bila terlalu kuat bekerja, langsung tidak ada masa untuk mencari pasangan. Berilah sedikit ruang pada diri sendiri supaya mudah untuk bertemu dengan jodoh yang dicari.

Terlalu pendiam dan pemalu

Sesetengah wanita akan berasa kekok sekiranya si lelaki mempunyai ciri-ciri yang sangat pemalu dan pendiam. Ingat, mereka yang berperwatakan sebegini boleh membuatkan diri mereka sukar untuk didampingi orang lain baik lelaki mahupun wanita. Meskipun ada sesetengah lelaki mahupun wanita gemar akan mereka yang pemalu, namun kalau terlampau pemalu mampu membinasakan diri mereka sendiri.

Sukar melafazkan rasa cinta

Apabila sudah mula menyukai seseorang, saat untuk melafazkan perasaan itu adalah saat yang paling sukar. Ada sesetengah manusia yang mampu menyampaikan perasaan itu pada insan yang mereka suka, malah yang mendatangkan masalah adalah pada mereka yang sukar untuk berbuat demikian, mereka merasakan perkara itu terlalu rumit sehinggakan mereka sanggup membiarkan perasaan itu berlalu pergi sahaja tanpa mengungkapkan kepada pasangan mereka.

Oleh itu, untuk mereka di luar sana yang merasakan diri mereka terlalu sukar dalam mencari pasangan hidup, cuba untuk selami diri sendiri, adakah diri kita sendiri penyebabnya? Dan mencari jalan keluar agar kita juga menjadi seperti insan lain yang mampu bertemu dengan calon pilihan kita sendiri. Berikut kami kongsikan beberapa sebab atau punca kepada anda yang lewat bertemu jodoh. Sekiranya punca di atas sudah mampu dielakkan, teruskan berdoa kepada Allah agar setiap usaha yang dilakukan itu berhasil.

 

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Kongsi artikel ini: