ANTARA SEBAB KENAPA WANITA SUDAH MULA TAWAR HATI DENGAN LELAKI

ANTARA SEBAB KENAPA WANITA SUDAH MULA TAWAR HATI DENGAN LELAKI

"ingat, perempuan kalau dah move on, memang susah untuk mereka berpatah balik pada anda"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Wanita mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi berbanding lelaki. Tahap ‘sayang’ seorang wanita terhadap seorang lelaki memang tidak dapat ditandingi oleh orang lelaki. Wanita kalau dah sayang, memang dah sungguh-sungguh sayangnya. Senang cerita, bukan mudah untuk seorang wanita mempermainkan hati seorang lelaki. Namun, masih ada segelintir antara kaum wanita yang tidak mempunyai tahap kesetiaan sebegitu. Berkenaan dengan tajuk pada entri kali ini, ianya jarang wujud perasaan di mana wanita sudah mula tawar hati. Tapi.. apabila terbitnya perasaan itu, jelas ianya menunjukkan mereka terlalu terluka sehingga dah sampai tahap tawar hati. Tapi, apa sebabnya?

Si lelaki tidak mengambil berat

Wanita mempunyai hati yang sangat cepat terluka. Bagi mereka, kaum lelaki yang langsung tidak mengambil berat akan si wanita, ianya seolah-olah si lelaki tidak pedulikan mereka. Kalau boleh untuk kaum lelaki, sesibuk mana pun anda, cuba lah curi sedikit masa untuk bertanyakan khabar buat pasangan anda. “Dah makan ke belum? Dah balik kerja ke belum? Sihat ke tak?” ianya nampak remeh, tapi ianya sangat penting bagi kaum wanita.

Si lelaki sering bercakap bohong

Wanita kalau dah sekali dua ditipu oleh lelaki, mungkin mereka masih boleh telan lagi, namun apa akan terjadi sekiranya mereka sering ditipu? Mereka akan sudah mula hilang rasa sayang terhadap kaum lelaki. Ini adalah kerana, mereka sudah boleh agak, kenapa mereka ingin meneruskan hubungan dengan lelaki yang sering bercakap bohong? Layakkah mereka untuk bersama dengan seorang yang suka menipu? Ianya bukan untuk jangka masa yang pendek, malah untuk selama-lamanya.

Si lelaki berlaku curang

Wanita mana yang boleh terima apabila pasangan mereka berlaku curang. Kadang-kadang disebabkan orang ketiga, hubungan mereka menjadi renggang. Sudah mula jarang berhubung antara satu sama lain. Si wanita sudah mula tawar hati dengan lelaki sebegini. Jauhkanlah dari berlaku curang.

Si lelaki cepat marah dan suka memaki hamun

Wanita menerima baik buruk lelaki, namun apabila si lelaki yang jenis cepat marah dan menggunakan kata-kata kesat ketika berlaku selisih faham antara mereka, maka, tawar lah hati si wanita untuk meneruskan hidup mereka dengan lelaki tersebut. Lelaki yang baran dan suka maki ini nanti senang-senang sahaja naik tangan dengan mereka selepas berkahwin. Sebab itu, lelaki di luar sana, marah tak marah, jaga percakapan dan tingkah laku anda ya.

Ingat, perempuan kalau dah move on, memang susah untuk mereka berpatah balik pada anda. Mula-mula semasa nak tinggal, memang heartbroken tahap teruk, namun bila dah move on, anda pula yang menyesal. Sila take note ya para lelaki!

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar