fbpxAntara sebab mengapa wanita sudah mula tawar hati dengan lelaki?

Antara sebab mengapa wanita sudah mula tawar hati dengan lelaki?

Antara sebab mengapa wanita sudah mula tawar hati dengan lelaki?

"Wanita mempunyai hati yang sangat fragile atau ‘mudah terluka’..."

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Wanita mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi berbanding lelaki. Apabila mereka bercinta pasti akan setia hanya pada pasangannya sahaja. Tahap ‘sayang’ seorang wanita terhadap seorang lelaki membuatkan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya. 

Berita Harian melaporkan, berdasarkan kajian yang dijalankan di Asia, keputusan menunjukkan 20 peratus responden mengakui pernah curang atau tidak setia dengan pasangan masing-masing dengan peratusan lelaki 10 mata lebih tinggi berbanding wanita.  Perkara itu dipersetujui Siti Fatimah Abdul Ghani, Ketua Seksyen Psikoterapi dan Intervensi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM). Ianya jelas menunjukkan wanita lebih setia berbanding para lelaki. 

Namun apabila mereka sudah tawar hati, jangan terkejut jika mereka meninggalkan anda secara tiba-tiba. Pada waktu itu, anda mungkin akan tertanya-tanya apakah puncanya atau apakah kesalahan yang anda lakukan terhadapnya? Mungkin akan timbul perasaan ketidakpuasan hati di situ tetapi tahukah anda sudah berapa lama si dia makan hati disebabkan sifat anda itu?

Tidak mengambil berat

Wanita mempunyai hati yang sangat fragile atau ‘mudah terluka’. Bagi kaum wanita, sekiranya anda (lelaki) tidak mengambil berat tentang si dia, ianya seolah-olah anda sudah abaikan dia dan merasakan diri mereka seperti tidak diperlukan lagi. 

Nasihat saya, sesibuk mana pun anda cubalah curi sedikit masa untuk si dia. Bertanyakan khabar pun sudah memadai. Ianya mungkin nampak remeh bagi anda walhal bagi seorang wanita, itu amatlah berharga. Whatsapp sahaja pun sudah cukup, jangan dibiarkan ‘bluetick’ pula!

Kaum wanita sebenarnya bukan meminta untuk diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar si lelaki mengambil tahu akan dirinya. Ianya merupakan sifat semulajadi seorang wanita yang sentiasa inginkan perhatian.

Sering bercakap bohong

Semua orang tidak suka ditipu lebih-lebih lagi oleh seseorang yang mereka cinta. Mereka  sering memberikan alasan yang tidak munasabah semata-mata untuk menyelamatkan diri. Namun jika di awal perhubungan mereka sudah sering menipu, hati mana yang boleh bersabar? Layakkah seorang wanita itu untuk hidup dengan si penipu?

Mungkin si lelaki tidak mengambil endah tetapi percayalah, rasa sakit itu disimpan mereka (wanita) sehinggalah sampai satu masa mereka akan meluahkannya. Dan pada saat itulah mereka berniat untuk meninggalkan anda. Saat itu, nak menyesal pun tidak berguna. Bak kata pepatah, ‘nasi sudah menjadi bubur’.

Berterus-terang sahajalah wahai kaum lelaki kerana wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang. Sifat menipu dan sering berdolak-dalih akan membuatkan mereka semakin menjauhi anda. Amalkanlah sebuah kejujuran dalam diri nescaya seseorang itu akan dilimpahi dengan kepercayaan, cinta dan rasa hormat.

“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan kepada syurga” (HR Bukhari)

Curang

Siapa sahaja yang boleh menerima apabila pasangannya berlaku curang baik lelaki mahupun wanita. Sedangkan yang sudah berkahwin pun ianya merupakan antara punca utama keretakan rumah tangga inikan pula mereka yang belum ada ikatan sah. 

The Asian Parent menjelaskan bahawa, kes perceraian di Malaysia tidak kurang tingginya. Mengikut statistik, hampir 270,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai. Ianya merumuskan purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari.

LPPKN menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), mendapati kecurangan kini berada pada tangga kedua selepas tiada persefahaman yang menjadi punca utama perceraian dalam kalangan pasangan yang dikaji. KPKM-5 mendapati, 56.2 peratus lelaki yang dikaji, mengakui tiada persefahaman menjadi punca perceraian, manakala 11.8 peratus lagi bercerai kerana isteri berlaku curang. 

Dalam kalangan wanita pula, 20.5 peratus mengakui perceraian dialami mereka disebabkan kecurangan suami, manakala 38 peratus disebabkan tiada persefahaman.

(Sumber: Harian Metro)

Cepat marah/panas baran

Seperti yang dinyatakan tadi, wanita ini adalah seorang yang sangat fragile. Mereka tidak suka dilayan dengan kekerasan kerana mereka mempunyai hati yang sangat lembut. Mereka seharusnya dilindungi bukan untuk dikasari. 

Tidak mustahil lah jika si lelaki yang jenis cepat marah dan sering menggunakan kata-kata kesat membuatkan si wanita mudah tawar hati. Malah ‘baran’ juga merupakan punca utama musnahnya sesebuah rumah tangga.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata setakat Jun lalu, sebanyak 340 kes keganasan rumah tangga dilaporkan di seluruh negara dan tiga negeri yang mencatat kes tertinggi ialah Selangor (91 kes), Pahang (56) dan Kedah (34). Ianya dapat dirumuskan bahawa sifat baran adalah salah satu penyebab utama keganasan rumah tangga. Sekiranya sebelum berkahwin dia sudah bertindak sedemikian, bagaimana pula nasib si wanita selepas berkahwin?

Kesimpulan

Terlalu lama makan hati akan membuatkan si wanita sudah tidak mampu bertahan lagi. Jangan salahkan pasangan anda jika dia pergi meninggalkan anda tanpa memberitahu sebab-sebabnya. Sudah tidak guna untuk anda sesali. 

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

Kongsi artikel ini: