fbpxANTARA TANDA KAMU CINTA BUTA!

ANTARA TANDA KAMU CINTA BUTA!

ANTARA TANDA KAMU CINTA BUTA!

"sudah menjadi hamba kepada cinta, sampai yang penting dilupakan"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Dalam sedar tak sedar, anda sudah menjadi hamba kepada cinta, sampai yang penting dilupakan. Jangan biarkan cinta menakluki diri kita. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita sendiri. Mungkin anda masih tertanya-tanya apakah tanda cinta buta?

Mengabaikan keluarga sendiri

Anda sudah dibesarkan dengan keluarga anda sendiri, dalam apa jua situasi, utamakan keluarga terlebih dahulu, namun, apabila anda menjadikan cinta sebagai keutamaan, sehingga keluarga dilupakan, itu tandanya cinta buta! Ianya sering terjadi apabila orang tua anda menghalang anda dari bernikah dengan si dia, namun oleh kerana terlalu cintakan si dia, anda sanggup meninggalkan keluarga anda untuk bernikah dengan si dia. Sah anda cinta buta!

Anda sudah tahu akan kekurangan si dia

Anda sudah maklum akan kekurangan si dia, mungkin dari segi kewangan, anda sedia maklum bahawa si dia tidak mempunyai pendapatan tetap, namun, anda tetap masih mahukan si dia. Dalam dunia sekarang, semuanya memerlukan duit untuk hidup, kalau sudah tahu bahawa si dia tidak berkerja, macam mana dia nak tanggung keluarga anda nanti? Lebih-lebih lagi buat kaum lelaki. Anda lah sebagai ketua keluarga yang wajib memberi nafkah kepada anak dan isteri anda.

Sanggup melakukan apa sahaja

Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit demi membahagiakan hati si dia sehingga untuk perbelanjaan sendiri pun anda tak cukup. Itulah penangan cinta itu buta. Anda sanggup kelaparan semata-mata untuk bersama si dia. Kalau sanggup berkorban demi ibu bapa sendiri tak apa lah juga. Ini untuk orang yang belum tentu menjadi jodoh kita.

Nak bercinta biarlah berpada. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari.. 

 
Kongsi artikel ini: