fbpxAPA ITU CINTA?

APA ITU CINTA?

APA ITU CINTA?

"manusia dan kehidupan tidak boleh lari dari CINTA"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Seperti yang sudah diketahui umum, bahawa manusia dan kehidupan tidak boleh lari dari CINTA. Ramai yang beranggapan bahawa perasaan CINTA hanyalah terbit antara lelaki dan wanita sahaja. Ternyata konsep ini salah, kerana CINTA antara manusia dengan Allah SWT adalah yang paling agung. Sebagai makhluk Allah, manusia wajib berusaha untuk selalu mengadakan hubungan baik dengan Allah. Hubungan dengan Allah adalah berupa hubungan ritual iaitu Ibadah. Seseorang yang mengadakan hubungan baik dengan Allah maka hidupnya akan baik. Seperti kata lain, kebahagiaan hidup seseorang terletak pada hubungan baiknya dengan Allah SWT. Cinta kepada Allah bermaksud dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Apa erti CINTA sebenarnya?  Ramai yang mengungkapkan “I love you” atau “Aku Cinta Padamu”, namun mereka masih lagi ragu-ragu tentang apa yang dimaksudkan dengan CINTA? Terutama dari sudut Islam.
Kita sering melihat di kaca televisyen terutama drama-drama di mana seseorang jatuh cinta setelah melihat kecantikan atau ketampanan seseorang. Ramai antara mereka di luar sana yang mudah terikut dengan imaginasi yang tinggi selepas menonton drama-drama seperti itu, ternyata ada antara mereka dari kalangan budak-budak, lalu merasakan diri mereka sudah layak untuk bercinta sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa itu CINTA. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai perempuan yang hamil di luar nikah pada usia yang masih muda. Mereka beranggapan apa yang mereka lakukan adalah demi CINTA. Sejauh mana erti CINTA yang mereka faham?
CINTA secara bahasa adalah suka dan senang sekali. CINTA secara istilah ialah rasa kasih sayang yang muncul dari lubuk hati seseorang yang terdalam untuk rela berkorban tanpa mengharapkan balasan apapun dan dari siapapun kecuali balasan yang datang dan diredhai Allah SWT.
Allah berfirman: Katakanlah: “Jika bapa-bapa (para pembesar dan nenek moyang), anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada mencintai Allah dan Rasulnya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan (azab/seksaan)-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.( Al-Qur’an Surat At-Taubat, 9: 24)

CINTA antara lelaki dan wanita di dalam Islam adalah cinta yang diiringi rasa ketaqwaan terhadap Allah SWT dengan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan disertai akhlak yang baik. Ini dapat menghindari diri daripada perbuatan zina. Yang paling penting dalam membina hubungan ini adalah dengan menggunakan akhlak yang baik, ketaqwaan, dan rasa keimanan terhadap Allah SWT.

Semai dalam hati, CINTA yang tulus di sisi Islam. Jangan hanya impikan keseronokan lalu yang wajib dilupakan. Wallahualam.

 
Kongsi artikel ini: