APA KAITAN JODOH DENGAN FAIZ SUBRI?

APA KAITAN JODOH DENGAN FAIZ SUBRI?

"rezeki atau peluang akan datang dari tempat yang tidak disangka-sangka"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Selepas membaca tajuk artikel ini semestinya pembaca artikel baitulmuslim.com tertanya-tanya, ada kaitan kah tendangan ajaib Faiz Subri dengan jodoh? IMMPOSSIBLE !!! Mustahil !!! Ini tidak adil, benarkah ianya ada kaitan?  Bagaimana jika kami beritahu ada? Tuttttt (Kasi suspen sikit) .

Ya pembaca sekalian, ada kaitan dua perkara ini di bahagian REZEKI. Seperti juga jodoh, saya percaya Faiz Subri juga tidak menyangka yang perlawanan yang disertai beliau dan tendangan ajaib beliau pada malam itu akan menyebabkan beliau terkenal dan berdiri sebaris dengan pemain antarabangsa yang lain.

Di bahagian ini kita dapat lihat rezeki atau peluang akan datang dari tempat yang tidak disangka-sangka. Jadi suka saya untuk berkongsi dengan pembaca sekalian jangan pernah putus asa bagi yang belum bertemu jodoh.

Sentiasa kan diri untuk berusaha dan meminta doa kepada Allah SWT. Insyaallah suatu hari nanti jodoh anda akan sampai melalui tempat yang anda tidak sangka. Mana tahu anda bertemu jodoh di tengah jalan apabila anda terlanggar pasangan anda dan kertas-kertas pun berterbangan, si dia terus menolong anda mengutip kertas yang jatuh (scene cliché dalam drama-drama melayu pukul 7 malam haha) .

Selain itu anda juga boleh cuba lazimkan diri untuk solat dhuha (INI SERIUS!!! effectnya sangat hebat paling kurang anda akan rasa ubat gigi anda semakin lambat habis kerana murahnya rezeki (ini yang saya pernah rasa haha). Tapi suka saya nasihatkan saya sendiri dan anda untuk dahulu kan yang wajib terlebih dahulu. InsyaAllah apabila kita telah tunaikan hak Allah insyaAllah, Allah akan tunaikan hak kita pula. Sedikit tips daripada saya, gunakan akronim ini untuk membantu anda dalam mengiginkan apa yang anda kehendaki D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal). Semua orang suka duit kan, jom gunakan DUIT untuk mendapatkan apa yang kita ingin kan dalam hidup kita yeahh. ;)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar