“AWAK, JOM BLIND DATE”
“AWAK, JOM BLIND DATE”
"mereka yang berketayap atas kepala pun senang-senang je ajak blind date"
“Awak, jom blind date”... Eh, jangan ambil mudah dengan perkataan macam ini. Kadang-kadang, mereka yang berketayap atas kepala pun senang-senang je ajak blind date. Konsep blind date dikaitkan dengan temu janji untuk pertama kali tanpa mengenali dan melihat diri masing-masing. Dari pertemuan itulah mereka akan berkenalan dengan lebih rapat lagi untuk kenal hati budi masing-masing.
Ada sesetangah pasangan, blind date yang pertama kali kebiasaannya masing-masing dah boleh buat keputusan sama ada nak teruskan hubungan ke tak. Yelah, kalau sekadar nak pandang rupa semata-mata, apabila blind date, bila dah tengok rupa masing-masing, terus dah dapat agak nak teruskan hubungan ke tak, walhal dari segi lain tak ada pula yang menilai. Hanyalah rupa semata-mata.
Malah, ada juga sekali blind date terus terpikat, terus dah berkenan, lantas hubungan mereka berpanjangan. Ada yang sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah.
Meskipun ada yang bertemu jodoh, malah ada juga yang terputus di tengah jalan. Mungkin tiada jodoh buat mereka. Ada juga yang sudah fobia untuk meneruskan blind date yang seterusnya.
Ramai antara mereka di luar sana yang tidak faham akan konsep blind date. Mereka menyangka, blind date sepatutnya pertemuan antara dua orang sahaja. Dalam Islam, boleh ke lelaki dan perempuan berjumpa? Kalau tak boleh jumpa, macam mana nak berurusan, berjual beli, bermesyuarat dan sebagainya? Islam membenarkan, namun mestilah mempunyai sebab yang penting, jangan sesekali bergaul bebas. Dalam tujuan blind date, anda boleh berjumpa, namun, mestilah membawa saudara atau kawan untuk mengelakkan anda berdua dari melakukan maksiat dan menjauhi zina. Anda berhak untuk mengenali hati budi masing-masing.
Seperti yang sering terjadi di luar sana, gejala sosial seperti zina dan buang bayi semakin berleluasa, ini adalah kerana apabila seseorang itu memandang remeh akan garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam, mereka lebih terjebak kepada perbuatan terkutuk itu.
Justeru itu, blind date ini ada impaknya kepada masyarakat. Ianya sama ada anda patuh akan garis panduan di dalam islam atau tidak sahaja. Hanya anda yang mampu mengubahnya. Ingat, mereka yang alim macam mana pun, apabila mengajak anda untuk blind date, pastikan anda membawa teman atau saudara. Jangan mudah percaya pada mereka yang anda belum pernah lihat dan jumpa. Jangan mudah terpedaya pada gambar semata-mata.
Belum ada jodoh?