AWAS! SIFAT PEREMPUAN INI PALING DIBENCI PARA LELAKI
AWAS! SIFAT PEREMPUAN INI PALING DIBENCI PARA LELAKI
"Wanita yang berpegang teguh pada agama mempunyai keperibadian yang unggul"
Wahai perempuan di luar sana, ketahuilah sesungguhnya kejadianmu terlalu unik. Namun, jadilah insan yang sentiasa mengejar keredhaan Allah SWT. Wanita yang berpegang teguh pada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Sekiranya anda mampu menjaga batas-batas anda sebagai seorang perempuan, anda layak dikagumi oleh insan bernama lelaki. Ilmu agama dan pengetahuan memang selalu saling melengk
Citarasa seorang manusia berbeza sesama manusia. Namun, pada kebiasaannya, lelaki mahupun wanita pasti mahu dijadikan wanita yang sempurna untuk dijadikan peneman hidup mereka. Sekurang-kurangnya, yang mampu mendambat hati mereka untuk dijadikan isteri mereka. Kalau sebelum ini, baitulmuslim pernah berkongsi mengenai Antara ciri-ciri gadis tidak dilepaskan lelaki, maka entri kali ini, kami akan berkongsi mengenai sifat perempuan yang paling dibenci para lelaki.
Meskipun terdapat beberapa penilaian yang boleh digunapakai oleh lelaki untuk menentukan sama ada gadis yang mereka kenali itu dapat menjadi pilihannya mahupun tidak, tetapi sebagai perempuan, anda seharusnya tahu dan sedar akan beberapa sifat perempuan yang dibenci oleh para lelaki yang patut anda jauhi.
Perempuan yang bersifat kelakian
Ada sesetengah lelaki, mereka gemar berkawan dengan perempuan yang bersifat kelakian, tetapi, mungkin bagi mereka, perempuan sedemikian rupa mempuyai perwatakan yang gagah dan tidak gedik, maka senang untuk mereka berkawan dan bergurau, namun, kalau untuk dijadikan teman hidup, jarang sekali yang memilih perempuan seperti ini untuk dijadikan calon isteri mereka. Kajian turut menyatakan bahawa bagi lelaki, perempuan seperti ini telah hilang sifat dan fitrahnya sebagai seorang perempuan.
Perempuan yang tidak mampu menahan lisannya
Perempuan yang kita kenali kaya dengan sifat lemah lembut dan keayuan mereka terutama dalam bertutur kata, maka tidak hairanlah kalau perempuan sebegini menjadi idaman para lelaki. Bagi lelaki, mereka tidak gemar akan perempuan yang tidak pandai menjaga tutur kata mereka, sering menggunakan kata-kata yang tidak senonoh ketika berbicara. Nak bergurau sekalipun, jaga adab anda sebagai seorang perempuan, kalau dah tutur bahasa sendiri pun mengalahkan kaum lelaki, mereka pun tidak berani mendekati anda.
Perempuan yang mata duitan/materialistik
Jangankan lelaki, sedangkan perempuan sendiri pun tidak meminati mereka yang mata duitan/materialistik. Perempuan yang jiwanya sudah sebati dengan ‘wang’ ini tidak mampu hidup dalam keadaan sederhana. Mereka lebih memandang kebendaan, bahkan segala benda juga dinilai dengan wang.
Perempuan yang suka berbohong
Apabila terlalu kerap sangat berbohong, sifat itu sudah menjadi seolah-olah sebati dengan jiwa mereka. Berbohong adalah satu sikap buruk yang patut dijauhi, kerana ia dapat menghancurkan segala-galanya. Perempuan yang suka berbohong sangat dibenci lelaki. Ini kerana, sekiranya perempuan ini dijadikan isteri oleh kaum lelaki, kelak tidak mustahil untuk mereka berlaku khianat terhadap suaminya.
Perempuan yang cemburu berlebihan
Ya, memang betul, perasaan cemburu tidak dapat dipisahkan dalam diri setiap wanita. Mereka mudah berasa cemburu meskipun tentang perkara remeh sahaja. Namun tak salah pun sekiranya wujud perasaan itu di dalam setiap wanita, tetapi, seharusnya biarlah secara berpada sahaja tahap cemburu itu, jangan terlalu berlebihan pula! Lelaki pun naik jemu nanti sikit-sikit nak jealous.
Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti. Namun, kami tidak mengatakan ianya 100% benar, mungkin berdasarkan penerimaan kaum lelaki itu sendiri, namun jangan terlalu yakin, sentiasa berusaha untuk menjadi perempuan yang sempurna, kerana ianya sudah menjadi fitrah seorang perempuan yang berperwatakan lemah lembut dan sopan santun dan penuh sifat keayuan. Oleh itu, jadilah wanita yang sempurna dan terbaik di mata seorang lelaki yang dinamakan SUAMI. Wallahualam.
Belum ada jodoh?