BERCINTA BILA DAH SEDIA, JANGAN SEBAB BOSAN!

BERCINTA BILA DAH SEDIA, JANGAN SEBAB BOSAN!

“bosan weh tak ada orang pun nak message aku, tak ada orang pun nak ambil berat pasal aku, tak ada orang pun nak call aku”

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Ada segelintir masyarakat kita yang ingin bercinta dek kerana berasa kesunyian, tercabar dengan kawan-kawan yang sudah mempunyai buah hati, ingin mengisi kekosongan hati, walhal, hati sendiri pun belum bersedia lagi dalam mencintai seseorang.

Jangan ingat bercinta ini tidak mempunyai komitmen, bahkan apabila anda mencintai seseorang, anda juga mempunyai komitmen tersendiri. Kalau berdasarkan nafsu semata-mata, memang anda akan cakap “bosan weh tak ada orang pun nak message aku, tak ada orang pun nak ambil berat pasal aku, tak ada orang pun nak call aku” dan macam-macam lagi yang sering bermain di fikiran anda.

Namun, kalau ikutkan hati sendiri, “aku tak pernah pun berasa sunyi kerana sentiasa dikelilingi dengan kawan-kawan, ahli keluarga, malah Allah juga sentiasa bersamaku”

Secara realitinya, kalau anda sendiri belum bersedia dalam bercinta, namun anda tetap berdegil untuk memiliki seseorang untuk dicintai, anda bukan sahaja membuang masa malah anda turut mengecewakan hati seseorang. Ingat, jangan sesekali mempermainkan perasaan mereka baik lelaki mahupun perempuan. Kerana setiap apa yang kita lakukan, pasti akan dapat balasannya kelak. Sama ada di duniawi mahupun di akhirat.

Bukan senang untuk kita jaga hati orang sedangkan hati sendiri pun kita tak reti nak jaga. Justeru itu, kalau betul-betul belum bersedia untuk bercinta, bagi ruang pada diri anda dulu. Kenal diri anda dulu baru cuba untuk kenal hati orang lain pula.

Kalau anda dah terjebak dengan cinta, isitiqamah dan muhasabah diri. Jadikan cinta itu kerana Allah. Cintai mereka mengikut syariat islam. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar