BERCINTA SELEPAS KAHWIN? BEST KE?

BERCINTA SELEPAS KAHWIN? BEST KE?

"mereka lebih utamakan bercinta dahulu sebelum melangkah ke arah perkahwinan"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Bercinta, Kahwin

Perkahwinan dari segi bahasa ialah himpun/cantum. Dari segi istilah ialah akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu. Pada zaman moden yang serba canggih ini, mereka lebih utamakan bercinta dahulu sebelum melangkah ke arah perkahwinan. Tidak ramai yang berani menyahut cabaran bercinta selepas nikah ini.

“Tak kenal pun dia ni macam mana nak jadi suami/isteri?”

“Jumpa pun baru sekejap tapi dah ajak kahwin, betul ke dia ni?”

“Yeke boleh hadir perasaan cinta selepas kahwin dengan dia? Macam susah je nak percaya?”

Berikut adalah beberapa manfaat apabila bercinta selepas kahwin:

Senang menzahirkan rasa cinta

Sudah pasti ianya susah untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan bercinta akan melalui fasa-fasa di mana mereka sering diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan membuatkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta antara dia dan pasangan? Adakah dia setia? Apa buktinya?

Namun, masalah-masalah ini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta selepas kahwin dengan mudah kerana tiada halangan buat mereka untuk menzahirkan rasa cinta mereka sama ada melalui kata-kata mahupun sentuhan.

Proses berkenalan tanpa batasan

Hari-hari nak berjumpa pun tak akan menjadi satu dosa buat mereka, kenapa? Sebab mereka sudah sah. Secara realitinya, sesiapa yang pernah bercinta pasti tahu bahawa proses berkenalan ke percintaan merupakan satu fasa yang sangat indah. Namun, cuba bayangkan kalau anda belum berkahwin, setiap perkara ada batasnya. Semuanya terhad untuk dilakukan.

Tidak buang masa

Cuba anda bayangkan, kalau bercinta bagai nak rak, tup tup terputus di tengah jalan, apa yang berlaku? Sudah sah-sah anda sebenarnya dah buang masa. Buang duit. Yelah, nak berhubung dengan si dia pasti anda menggunakan bil/prepaid kan? So tak pasal-pasal dah buang duit? Tapi, siapalah kita kan untuk menjangka takdir kita sendiri. Kalau bercinta selepas kahwin, tidak ada istilah buang masa, buang duit.

Secara kesimpulannya, bercinta selepas kahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah dan seronok. Percayalah bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk menyerahkan rasa cinta itu ke dalam hati kita walaupun selepas bernikah. Sedangkan Ibu Bapa penulis sendiri melalui saat itu dahulu kala. Alhamdulillah, sehingga kini keluarga kami keluarga yang sangat bahagia. :)

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar