CINTA MONYET - JADIKAN PENGAJARAN

CINTA MONYET - JADIKAN PENGAJARAN

"meskipun mereka masih budak-budak, iaitu masih bersekolah rendah dan menengah, mereka sudah mengimpikan sesebuah perkahwinan"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Cinta monyet sering kali dikaitkan dengan percintaan semasa di zaman persekolahan. Kebiasaannya, hubungan cinta monyet ini hanyalah bertahan semasa persekolahan sahaja. Namun, jangan di salah erti, masih ada antara mereka yang bercinta sejak dari sekolah lagi dan berkahir di jinjang pelamin juga. Cuma ianya jarang berlaku. Mungkin 1 dalam 100 pasangan. Sejauh mana kepastian itu, wallahualam.

Secara realitinya, apabila cinta mereka berputik semasa badan mereka masih dibaluti dengan pakaian seragam sekolah, cinta mereka hanyalah sekadar cinta monyet. Meskipun mereka masih budak-budak, iaitu masih bersekolah rendah dan menengah, mereka sudah mengimpikan sesebuah perkahwinan.

Bagi mereka yang pernah bercinta semasa di alam persekolahan, tetapi hubungan itu mulai retak semasa masing-masing mahu menjejakkan kaki ke peringkat universiti, mereka berpendapat cinta yang pernah mereka bina itu dapat membuat mereka menjadi semakin matang dalam bercinta.

Selain itu, cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Walaupun ianya hanya sekadar cinta monyet, namun bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi membina kegagahan. Hamka juga ada berpesan dimana, cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Mereka sudah dapat mengenal pasti mana yang baik, mana yang buruk. Walaupun hanya sekadar cinta monyet. Mungkin Allah melambatkan perjalananan kita dalam menemui orang yang tepat untuk dikahwini, ianya adalah kerana untuk kita mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar