“CINTA SAYA BERTEPUK SEBELAH TANGAN….”
“CINTA SAYA BERTEPUK SEBELAH TANGAN….”
“cinta memang tak harus memiliki”
Artikel ini ditulis oleh seorang wanita yang sedang mencari jodoh..
Semua orang pasti mahu diri disayangi dan dicintai kan? Begitu juga dengan saya. Saya pernah bercinta, namun hubungan cinta itu hanya sekadar bertahan untuk selama dua tahun sahaja. Mungkin tidak ada keserasian antara kami berdua. Punca perpisahan itu adalah alasan common yang selalu didengari. Siapa sahaja mahukan perpisahan kan? Begitu juga dengan saya. Setiap perpisahan pasti memberi kesan kepada semua orang termasuk kaum lelaki. Gagah macam mana sekalipun, pasti akan terkesan juga.
Apabila sudah berpisah, saya masih berusaha untuk mencari yang terbaik untuk dijadikan pasangan saya. Pada mulanya saya hanya sibukkan diri saya dengan kerja tapi lama kelamaan saya berasa sangat sunyi dan saya bercadang untuk meneruskan pencarian jodoh saya.
Pada suatu hari, saya dihantarkan ke satu kursus yang telah ditetapkan oleh syarikat saya. Saya bertemu dengan seorang lelaki yang turut merupakan peserta kursus itu. Selepas tamat kursus itu yang dijalankan selama seminggu, kami sudah mula bertukar nombor telefon. Pada awalnya, saya hanya menganggap si dia sebagai seorang kawan sahaja namun lama kelamaan bila dah selalu sangat kami berhubung, saya sudah nampak keserasian antara kami. Meskipun kami sering berhubung, si dia belum pernah menyatakan apa-apa hasrat di hati begitu juga dengan saya. Untuk saya meluahkan dahulu, saya rasa cukup segan, saya hanya menantikan sahaja luahan daripada si dia.
Hari demi hari, si dia belum pernah menyatakan hasrat untuk menghalalkan hubungan kami. Malah tidak pernah menyatakan ingin membina hubungan kami ke arah yang lebih serius. Pada masa itu, saya pernah terdetik untuk memulakannya terlebih dahulu. Pada awalnya, saya hanya mendiamkan diri sahaja tetapi dengan sokongan moral yang diberikan oleh kawan-kawan dan keluarga saya, mereka mengalakkan saya untuk meluahkan sahaja perasaan saya kepada si dia.
Saya memberanikan diri untuk menyatakan hasrat di hati. Selepas membicarakan apa yang terbuku, akhirnya saya sudah peroleh jawapan daripadanya. Ternyata selama ini, si dia hanya menganggap saya sebagai seorang kawan sahaja. Malah si dia juga masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami dan lebih memilih untuk sekadar berkawan sahaja.
Pada waktu itu secara jujurnya apa yang dapat saya katakan, saya cukup kecewa dan seolah-olah merasakan dunia seperti sudah berakhir untuk saya. Namun dengan sokongan moral yang diberikan oleh kaum keluarga dan sahabat, akhirnya saya berjaya menemukan semangat asal saya. Saya reda akan takdir. Mungkin tiada jodoh antara kami. Saya tidak menyalahkan si dia atas perkara ini. Mungkin saya sendiri yang terlalu terburu-buru dalam soal hati dan perasaan. Namun ianya tidak salah, apa akan jadi pula sekiranya saya terus mendiamkan diri? Pasti sampai sekarang pun saya belum temui jawapan itu.
Mungkin kita sering didengari dengan ungkapan “cinta memang tak harus memiliki”, namun kenyataannya sukar untuk dilaksanakan. Nasihat saya kepada mereka yang turut mengalami masalah yang sama dengan saya, usahlah kita bersedih hati. Yakinlah bahawa setiap kegagalan dalam percintaan mahupun aspek lain, ianya sudah dirancang dan ditulis sedemikian rupa oleh Allah SWT dan semuanya ada hikmah.
Yakinlah, bahawa Allah pasti akan memilih yang terbaik buat kita. Jika kita ditolak pada saat ini, bererti Allah sudah menyiapkan kita dengan yang lebih baik daripada mereka yang menolak kita. Jangalah kita berputus asa dari rahmat Allah. Semoga dengan ujian ini dapat mendewasakan kita dan memantapkan keperibadian kita dalam menghadapi segala kesulitan dan kegagalan.
InsyaAllah, kita mampu mengharunginya. Sekadar perkongsian. Wallahualam.
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?