CINTA SEKARANG BELUM PASTI JODOH ANDA...

CINTA SEKARANG BELUM PASTI JODOH ANDA...

"bertahun lama pun hubungan yang dibina, kalau mereka bukan jodoh kita, pasti tiada penghujungnya juga"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Cinta, Sekarang, Belum, Pasti, Jodoh, Kita

"Saya berkenalan dengan si dia ketika masing-masing masih berada di alam persekolahan lagi. Hubungan yang dibina bermula semasa saya berada di tingkatan 3 manakala si dia pula berada di tingkatan 4. Pada awalnya, kami merasakan hubungan yang kami bina ini hanyalah sekadar suka-suka sahaja, senang cerita, saya boleh ibaratkan ianya seperti ‘cinta monyet’ sahaja. Apabila saya sudah berada di tingkatan 4, si dia pula sudah menempuh alam di zaman universiti pula. Namun, hubungan kami masih juga seperti biasa, sehinggalah saat saya pula yang menempuh alam universiti. Saya dapat menyambung pelajaran di sebuah institusi awam yang terletak di Melaka. Manakala pada waktu itu, si dia sedang mengambil Diploma di sebuah universiti awam yang terletak di Terengganu. Setibanya cuti semester, pasti kami akan bertemu, cuma sudah tidak kerap seperti biasa, kerana masing-masing sudah mempunyai komitmen tersendiri. Pejam celik pejam celik, hubungan yang kami bina sejak dari alam persekolahan lagi itu akhirnya berusia hampir 7 tahun. Si dia sudah berkerja dengan syarikat swasta, manakala saya pula sedang menjalani latihan industri di sebuah institusi kerajaan. Kami ada  bercadang untuk mengikat tali pertunangan apabila selesainya tempoh latihan industri saya ini, namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang untuk kami."

Apabila meneliti tentang kisah perjalanan hubungan kami, pasti semua orang menyangkakan bahawa hubungan kami ini akan berkekalan sehingga ke ikatan perkahwinan yang sah kan? Sebenarnya, hubungan yang kami bina hampir 8 tahun itu akhirnya berhenti sampai di saat itu sahaja. Bila difikirkan balik, memang terasa sangat akan impaknya itu, tetapi kami haruslah redha akan ketentuan ilahi. Kalau dinyatakan akan sebabnya, masing-masing menjadi seolah-olah kelu, apa yang harus kami lakukan hanyalah redha sahaja. Masing-masing sudah mempunyai haluan tersendiri.  Saya sudah mulai fokus akan kerjaya saya begitu juga si dia. Dan saya pasti, ada juga antara pembaca yang mempunyai pengalaman yang sama seperti yang kami lalui. Apa yang mahu ditekankan di sini, CINTA SEKARANG YANG ANDA BINA, BELUM PASTI JODOH ANDA.

Seperti yang kita tahu, jodoh adalah rahsia Allah. Maka seharusnya kita sebagai umat manusia tidak patut larut dalam kesedihan sekiranya kita ditimpa dengan masalah begitu.

Mungkin mereka masih lagi bukan orang yang tepat untuk dijadikan pasangan kita yang Allah persiapkan untuk mengharungi bersama liku-liku kehidupan kelak. Rasa sakit yang dialami pada saat itu sudah tentu akan berlalu pergi dengan tenangnya sekiranya anda redha akan ketentuan itu. Ternyata, meskipun anda sudah menyerahkan cintamu sepenuh hatimu namun sekiranya Allah belum menyatakan ianya jodohmu, maka ianya tetap bukan jodohmu.

Dalam hidup ini, Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik untuk hamba-hambaNya, namun, ianya adalah pilihan kita pula sebagai manusia untuk memilih yang terbaik. Namun, kita pula yang sering memaksa diri kita untuk menentukan pilihan, tanpa mengetahui baik atau buruk pilihan yang kita lakukan itu.

Firman Allah SWT:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah:216)

Wahai perempuan dan lelaki,

Yakinlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bertahun lama pun hubungan yang dibina, kalau mereka bukan jodoh kita, pasti tiada penghujungnya juga. Ingat, CINTA SEKARANG YANG ANDA BINA, BELUM PASTI JODOH ANDA. Apa yang harus dilakukan adalah jangan mudah berputus asa akan ketetapan ilahi. Teruskan berusaha dan berdoa :)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar