fbpxDUGAAN SEMASA BERTUNANG

DUGAAN SEMASA BERTUNANG

DUGAAN SEMASA BERTUNANG

"anda mesti bijak dalam mengawal dugaan yang menimpa"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Semasa tempoh bertunang, ada sahaja dugaan yang menimpa setiap pasangan. Sebab itu Islam menyeru agar umatnya mempercepatkan perkahwinan. Jika sudah bersedia, jangan menangguhkan lagi. Segeralah bernikah. Dugaan semasa tempoh bertunang boleh disebabkan pelbagai aspek, namun cara kita mengatasinya adalah yang paling penting. Antara dugaan semasa bertunang adalah,

Anda sering berasa moody

Anda sering berasa tak ada mood. Emosi anda menjadi tidak stabil. Ianya bukan sahaja mempengaruhi kerja harian anda malah turut memberi impak kepada orang di sekeliling anda. Anda menjadi cepat marah, berasa seperti tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan si dia.

Anda kuat jealous

Bila dah hampir-hampir nak kahwin ni, perasaan jealous anda ni semakin menjadi-jadi. Dah jadi macam cemburu buta pula. Tunang anda nak keluar dengan kawan-kawan pun, anda dah tergugat. Seperti mereka keluar dengan lelaki/perempuan lain.

Masalah kewangan

Majlis perkahwinan sudah makin hampir, namun dugaan dalam masalah kewangan merunsingkan anda sehinggakan anda berasa tidak mahu meneruskan perkahwinan.

Orang ketiga

Orang ketiga sering menjadi punca keretakan rumah tangga, inikan pula bertunang. Penangan orang ketiga boleh mengakibatkan pasangan kita berdalih hati, jaga-jaga dengan orang ketiga ini.

Apabila berlakunya dugaan-dugaan seperti di atas, anda akan mula berasa tawar hati dalam meneruskan perkahwinan dengan tunang anda. Anda mesti bijak dalam mengawal dugaan yang menimpa, sentiasa meminta pertolongan daripada Allah supaya hubungan anda diberkati dan dilindungi. Semoga jalan anda ke alam perkahwinan dipermudahkan.

Kongsi artikel ini: