HANDSOME TAPI SINGLE? CANTIK TAPI SINGLE?
HANDSOME TAPI SINGLE? CANTIK TAPI SINGLE?
"sebab, persepsi masyarakat kita, yang handsome, cantik sudah pasti sudah menjadi milik orang"
Kalau tengok pada rupa, penampilan, dah handsome, dah cantik, tapi masih single? Ianya mesti menjadi tanda tanya kepada sesetengah orang. Pasti semua menyangka, si cantik, si handsome, mesti ramai yang ingin mengurat, namun, KENAPA MASIH SINGLE? Sehinggakan mereka yang lain ingin cuba mengurat pun takut, sebab persepsi masyarakat kita, yang handsome, cantik sudah pasti sudah menjadi milik orang, kan? Sebenarnya mereka yang masih solo nie mempunyai sebab tersendiri.
Pernah dikecewakan
Mereka dah serik atau takut nak bercinta lagi, mereka pernah dikecewakan oleh lelaki mahupun perempuan. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, mereka sudah menjadi fobia untuk mendekati ‘cinta’. Mereka takut jika disakiti lagi. Malah, mereka berasakan lebih selesa apabila hidup bersendirian.
Terlalu jual mahal
Biasalah, orang cantik dan handsome ini agak jual mahal sebenarnya, mereka lebih memandang kepada yang perfect sahaja untuk dijadikan pasangan. Bahkan didunia ini, tiada satu pun yang sempurna, semua mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Kalau asyik cari yang sempurna sahaja, memang susah lah nak dapat.
Terlalu banyak pilihan
Bila dah cantik dan handsome, mestilah mereka dikelilingi ramai orang. Masa tu, tak tahu nak pilih yang mana satu. Yang itu nak, yang ini pun nak, walhal kena pilih satu sahaja. Akhirnya, tolak kesemuanya. Single is better.
Terlalu high taste
Bila dah terlalu demand dalam kehidupan, susah lah nak jumpa pasangan yang sesuai dengan mereka. Kalau mereka sendiri jenis hari-hari nak makan dekat restoran mewah sahaja, baik lelaki mahupun perempuan akan bosan dengan cara dan gaya mereka. Orang pun tak berani nak dekat, sebab nanti kelak mereka pula yang menyesal. Lagi-lagi untuk kaum lelaki, kalau dapat perempuan yang terlalu high taste, nanti ikat perut lah mereka.
Duit simpanan belum cukup
Ya, ini terbukti antara sebab utama kenapa mereka masih memilih untuk hidup solo. Kerana duit mereka masih belum mencukupi, namun, KALAU TAK ADA USAHA DALAM MENYIMPAN DUIT, sampai bila pun tak cukup. Jangan jadikan alasan semata-mata sedangkan tak ada usaha. Berjimat lah dari sekarang. Mudah untuk masa depan anda!
Terikat dengan komitmen
Mungkin mereka masih terikat dengan komitmen kerjaya mereka sendiri, sehinggakan tak ada masa lagi nak fikir untuk mencari pasangan hidup. Komitmen dalam kerja mahupun pelajaran.
Justeru itu, jangan hanya menilai pada rupa, “dia nie handsome/cantik pun tak ada orang nak ke?”, ianya kerana terdapat sebab mereka tersendiri. Tapi ingat, jangan terlampau menangguh pula!
Belum ada jodoh?