HIKMAH DISEBALIK KEGAGALANMU MENIKAH DENGAN SI DIA

HIKMAH DISEBALIK KEGAGALANMU MENIKAH DENGAN SI DIA

Bersikap reda dalam setiap kegagalan juga merupakan perkara yang dituntut. Kegagalan yang terjadi juga boleh dikaitkan dengan kehidupan seseorang...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Motivasi

Setiap manusia dituntut agar bersikap reda dengan setiap takdir yang sudah tertulis buat mereka. Reda juga membawa maksud apabila seseorang itu mampu melepaskan sesuatu sama ada yang mereka sukai mahupun sesuatu yang mereka tidak sukai. Namun ‘sesuatu’ untuk dilepaskan itu adalah perkara yang berat untuk dilakukan.

Bersikap reda dalam setiap kegagalan juga merupakan perkara yang dituntut. Kegagalan yang terjadi juga boleh dikaitkan dengan kehidupan seseorang. Malah yang menyedihkan lagi apabila seseorang itu gagal dalam meneruskan hubungan mereka ke arah sebuah perkahwinan.

Pernahkah anda terfikir bahawa setiap kegagalan itu ada hikmah disebaliknya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui hikmah disebalik kegagalanmu menikah dengan si dia.

1) MUNGKIN DIA BUKAN YANG TERBAIK UNTUKMU

Mencintai seseorang merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan. Baru kenal sehari dua pun sudah boleh buat seseorang itu jatuh cinta. Namun sejauh mana seseorang itu dapat mengenal hati budi pasangannya kalau sebegitu mudah mereka mengungkapkan rasa cinta?

Tidak dinafikan juga masih ada mereka di luar sana yang bernasib baik. Hanya melalui perkenalan yang singkat itu jugalah jodoh mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin. Namun sebaliknya pula bagi mereka yang tidak bernasib baik.

Apa yang harus anda ingat adalah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin insan tersebut masih bukan yang terbaik untukmu. Baik buruk seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu. Oleh itu, selalu yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnya.

2) MUNGKIN ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK MENIKAH

Pernikahan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Syarat nikah bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata malah meliputi pelbagai aspek lain. Sejurus bergelar seorang isteri/suami, tanggungjawab dan bebanan juga sudah berubah. Malah makin bertambah pula tanggungjawab yang harus dipikul.

Seorang lelaki harus bersedia dalam memikul tanggungjawab mereka sebagai seorang suami. Manakala seorang perempuan pula harus bersedia dalam memikul tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri. Malah bukan itu juga, mereka juga harus persiapkan diri untuk menjadi seorang ibu atau ayah kepada anak-anak mereka nanti.

Justeru, bagaimana persediaan anda dari segi itu? Ada kalanya hubungan itu gagal menuju ke arah sebuah perkahwinan adalah disebabkan tahap persediaan mereka untuk menikah masih belum mencukupi. Persediaan merangkumi aspek fizikal, mental dah rohani. Dari segi persediaan itu mungkin anda belum bersedia, disebabkan itu jugalah perkahwinan itu tidak dapat diteruskan. Allah lebih mengetahui akan persiapan hamba-Nya supaya kelak mereka sendiri yang tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.

Sentiasa memperbaiki diri dengan mendalami ilmu tentang rumah tangga sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

3) UJIAN UNTUK KEIMANAN DAN KETAKWAANMU

“Allah tidak adil”…

“Allah telah mengecewakan saya”….

“Aku kecewa pada Allah”….

Ada segelintir antara kita apabila ditimpa dengan sesuatu dugaan, mereka akan berasa marah, kecewa dan hilang keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Walhal ujian yang diturunkan baru sedikit berbanding orang lain yang lagi besar dugaannya. Melalui ujian yang diturunkan ini jugalah Allah mahu menguji tahap keimanan seseorang terhadap-Nya.

4)  MENGAJARMU ERTI KESABARAN DAN KEIKHLASAN

Sabar dan ikhlas adalah sesuatu yang nampak mudah tetapi sukar untuk diamalkan. Ianya adalah sesuatu yang berkait dengan ‘jiwa’. Dari zaman para nabi lagi Allah mengajarkan cara sabar dan ikhlas kepada nabi-nabiNya dengan pelbagai cara. Ada yang Allah uji dengan harta benda, ada juga yang Allah uji dengan mengirimkan orang-orang zalim kepada mereka. Malah ada yang diuji dengan penyakit dan sebagainya.

Namun bagaimana pula dengan tahap kesabaran apabila seseorang itu diuji dengan putus cinta?

KESIMPULAN

Apa yang dapat kami simpulkan di sini adalah, jangan sesekali berduka dengan setiap kegagalanmu terutama dalam sebuah hubungan cinta. Hal ini adalah kerana setiap ujian yang menimpa diri anda pasti ada hikmahnya sama ada tersirat mahupun tersurat.

Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar