HUBUNGAN CINTA DI INTERNET

HUBUNGAN CINTA DI INTERNET

"Saya seorang yang pemalu, bagaimana untuk saya mencari calon suami"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Hubungan, Cinta, Internet

Saya seorang gadis yang amat pemalu. Umur saya pun sudah menjangkau lewat 20 an. Saya sering diajukan soalan tentang jodoh oleh saudara mara saya, malah kawan saya juga. Saya sangat tertekan apabila diajukan soalan begitu. Saya seorang yang pemalu, bagaimana untuk saya mencari calon suami. Apabila saya kerap diajukan soalan begitu, saya pasti akan membalasnya dengan senyuman sahaja. Pada suatu hari, saya telah diberitahu oleh sahabat baik saya tentang medium yang boleh berkenalan dengan calon lelaki yang juga sedang mencari jodoh, lalu saya terdetik untuk mendaftar di laman web itu. Apabila sudah mendaftar, saya ditegur oleh seorang lelaki yang rupa parasnya nampak baik orangnya, berdasarkan pekerjaan yang tertulis di sana, dia seorang penjawat awam. Di usia saya yang sudah meningkat ini, untuk menjadi terlalu memilih pun tiada gunanya juga. Tetapi untuk langsung tidak memilih pun, bahaya juga, tetapi saya tetap tertarik untuk membalas mesej nya di inbox itu.

“Assalamualaikum. Boleh berkenalan?”

Lalu saya membalasnya dengan;

“Waalaikumussalam. Boleh”

Siapa sangka, dari permulaan mesej itulah, kini lelaki di sebelah saya adalah lelaki yang saya kenali dalam laman web itu, iaitu suami saya. Sudah 5 tahun kami bernikah, Alhamdulillah, dengan kurnia-Nya, kami dikurniakan dengan sepasang cahaya mata.

Bagaimana ini boleh terjadi? Kerana ini merupakan takdir yang Allah telah tetapkan pada kami. Sebelum bernikah, saya sering berkecil hati tiap kali diajukan soalan tentang jodoh, tapi siapa sangka, disebabkan kesabaran saya, Allah kurniakan saya dengan seorang lelaki yang sangat baik pekertinya, sentiasa mengajak saya mendekati Allah SWT. Walaupun kami masing-masing hanya sekadar berkerja biasa sahaja, tetapi Alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan sentiasa cukup untuk keperluan harian kami.

Apabila kawan-kawan seperjuangan menanyakan hal ini, saya pasti akan berkongsi dengan mereka tentang kisah saya, ada yang tidak percaya akan ketentuan kami, malah ada juga yang cuba mengikut cara kami berkenalan, iaitu dengan menggunakan internet untuk  berkenalan antara satu sama lain. Tetapi, ada juga yang mempertikaikannya. Ada yang cakap, “sudah hampir 1 tahun aku berkenalan, tapi tak nampak jalannya pun”. Sebenarnya, rezeki dan jodoh, semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ianya sudah tertulis sebelum kita lahir lagi, kalau itu sudah tertulis bukan jodohnya, pasti bukan dengan cara itu. Mungkin cara lain mereka akan diperkenalkan dengan jodohnya. Kan?

Namun, nasihat saya disini, bukan semua lelaki yang kita kenali itu, itulah calon pasangan kita. Mungkin takdir yang sudah tertulis pada saya, begitulah jalannya. Berbeza pula dengan orang lain. Lain orang, lain jalan ceritanya, lain takdirnya.

Pendapat saya, untuk berkenalan melalui internet, tidak ada salahnya. Namun, cara kita menjaga hubungan itu yang penting sebenarnya. Bukan hanya sekadar jaga hubungan cinta yang dibina, malah, turut menjaga batas-batas kita sebagai seorang umat Islam. Di awal pertemuan saya dan suami, saya membawa adik saya sebagai teman, pada waktu itu, saya hanya menyerahkan segalanya pada Allah SWT, sekiranya dia adalah yang terbaik untukku, maka permudahkanlah urusan kami.

Siapa sangka, perkenalan sekadar hanya tiga bulan sahaja, lalu si dia melamarku. Perasaan bahagia pada waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya lakukan sujud syukur tanda bersyukur pada nikmat Allah. Atas persetujuan kedua-dua belah pihak, kami selamat diijabkabulkan pada bulan Rejab. Hari demi hari, kehidupan kami menjadi semakin bahagia. Kalau gaduh kecil itu biasalah, cuma apa yang penting, kedua-dua belah pihak mestilah mempunyai perasaan tolak ansur, kalau masing-masing ego, tak kemana hubungan itu.

Apa yang sering kita dengari, hubungan yang dibina melalui internet ini banyak keburukan daripada kebaikan. Sebenarnya, cara kita menangani hubungan itu yang memainkan peranan penting kepada suatu hubungan. Kalau niat kita ikhlas, insha Allah, Allah pasti mempermudahkannya. Namun, kalau masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai, Allah pasti ada perancangan lain untuk anda. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.  

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar