Jangan Sesekali Takut Untuk Bercinta Lagi
Jangan Sesekali Takut Untuk Bercinta Lagi
"Philophobia - Semua orang seronok ketika dilamun cinta. Namun lain pula bagi yang takut untuk bercinta.."
Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia. Melalui sebuah perkahwinan, di situlah setiap pasangan dipertemukan dan bersama-sama mengharungi segala suka duka kehidupan.
Bagi yang pernah bercinta, pasti biasa melalui saat suka dan duka dalam perhubungan. Maklumlah dunia orang bercinta penuh dengan pancaroba. Kecewa akibat bercinta memang sangat perit untuk ditelan dan sukar untuk diatasi. Namun apabila terlalu kerap terluka sebelum berkahwin, ianya akan membuatkan anda serik untuk jatuh cinta lagi. Mana tidaknya, apabila sering sahaja terluka membuatkan mereka fobia untuk bercinta.
Antara Fobia Kategori Cinta
Arrhenphobia
Biasanya berlaku kepada kaum wanita. Nak berpasangan tapi takut pada lelaki. Dah ada pasangan, takut pula pada pasangan. Kalau ada masalah ini, seeloknya berjumpalah dengan doktor untuk rawatan. Mungkin anda ada kisah silam di sebalik ketakutan ini.
Philophobia
Semua orang seronok ketika dilamun cinta. Namun lain pula bagi yang takut untuk bercinta. Kalau ada kenangan pahit semasa bercinta sekalipun, ambillah yang positif sahaja.
Anuptaphobia
Takut hidup single. Kalau yang jenis takut hidup bersendirian, mereka akan sanggup pilih sesiapa sahaja untuk menjadi teman hidup dia. Hati-hati, bahaya yang macam ni.
Gamophobia
Takut nak kahwin. Dia takut pada sesuatu hubungan yang serius. Yang memerlukan komitmen dan tanggungjawab apabila berkahwin.
Cara Mengatasi Masalah Takut Bercinta
Jangan samakan semua orang
Jangan samakan si dia dengan bekas kekasih anda. Ini adalah kerana setiap orang itu berlainan sikapnya. Boleh jadi anda akan jumpa seseorang yang lebih baik dari si dia. Menyamakan semua orang seperti bekas kekasih anda dan menolak untuk bercinta lagi kerana takut dikecewakan untuk kali kedua adalah perbuatan yang sia-sia.
Seharusnya keadaan itu tidak perlu dijadikan isu kerana bukan semua pasangan akan membuat anda kecewa. Ramai lagi insan boleh memberikan anda kebahagiaan. Sebenarnya ramai lagi orang lain yang ikhlas untuk terus bercinta dengan anda. Tetapi janganlah menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri dan menolak cinta orang lain.
Dalam situasi ini, jangan sesekali mengenang kisah lama dengan si dia yang pernah mencintai anda tetapi berikan tumpuan sepenuhnya kepada si dia yang baru hadir dalam dunia anda. Berusaha sebaiknya untuk membuatkan diri anda terlalu istimewa kepadanya.
Singkirkan Kritikan Dalaman Anda
Pengalaman berdasarkan hubungan lalu mampu mencemarkan pemikiran anda. Ianya dapat dilihat apabila anda ingin memulakan hubungan baru, pemikiran anda akan sekaligus dibelenggu dengan perkara negatif kerana gusar ianya akan berulang kembali. Misalnya anda akan merasakan seolah-olah seperti pasangan anda mungkin tidak benar-benar mencintai anda. Malah anda juga akan beranggapan bahawa si dia akan mempermainkan anda.
Walhal pemikiran anda itu sebenarnya sudah dihantui oleh sebuah ketakutan yang pernah menyelubungi anda pada suatu ketika dahulu. Mulai sekarang, jauhi pemikiran negatif seperti itu. Cubalah untuk membuat suasana hubungan menjadi lebih positif dan berbicara tentang perkara yang menenangkan anda. Komunikasi yang baik adalah salah satu kunci utama untuk mengatasi fobia ini.
Buka Peluang
Memang mengecewakan, namun ia bukan bermaksud anda perlu menutup semua peluang baru yang akan datang. Tindakan sedemikian sebenarnya hanya merosakkan diri sendiri dan boleh menjadikan diri mengalami kemurungan. Buka minda dan terima perhubungan baru sebagai sesuatu pengalaman berbeza dalam kehidupan anda. Berusahalah mencari kebahagiaan yang anda impikan. Namun ada juga yang menyalahkan diri sendiri kerana mengalami kekecewaan dalam perhubungan.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Profesor Antrolopogi dari Binghamton University di New York, Amerika Syarikat, Craig Morris bersama kumpulannya, mendapati wanita lebih cenderung menderita akibat putus cinta dan memerlukan waktu yang panjang untuk pulih. Malah disebabkan tempoh pemulihan itu juga membuatkan mereka takut untuk membuka peluang pada orang lain dalam hidup mereka.
Morris dan kumpulannya juga menemukan beberapa kesan akibat putus cinta. Antaranya, wanita akan rasa sakit dari segi fizikal dan tekanan emosi. Oleh sebab itu, berpadalah dalam meratapi kesedihan kerana tanpa sedar ia akan merosakkan kesihatan anda sekaligus akan menganggu aktiviti harian anda.
Ubah Pandangan Anda Dan Ubah Diri Anda Sendiri
Sekali kecewa tidak selamanya kecewa. Cuba ubah pandangan terhadap kegagalan dalam bercinta. Ianya boleh juga terjadi disebabkan sikap anda sendiri. Jadi muhasabah diri anda dan perbaiki apa yang sepatutnya. Jangan jadikan kegagalan dan kekecewaan anda itu penghalang untuk anda merasai kebahagiaan juga.
Jangan menghindari atau memungkiri perasaan takut untuk jatuh cinta atau dipanggil sebagai ‘philophobia’. Sebaliknya, hadapi dan kalahkan rasa takut tersebut. Sesungguhnya apabila sedang jatuh cinta, ianya sekaligus akan membuat anda berasa bahagia dan tenang.
Memang hubungan percintaan tidak terlepas dari masalah yang dapat membuat anda sedih atau marah, tapi anda harus yakin bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya. Permasalahan tersebutlah yang akan membantu anda dan pasangan lebih dewasa dalam membina hubungan.
Sehingga satu tahap anda sudah berasa seperti sudah tidak terkawal lagi dengan masalah ini, maka berjumpalah dengan mereka yang lebih arif. Ini adalah supaya diri anda tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.
Jom bina baitul muslim (keluarga muslim) yang bahagia
Belum ada jodoh?