JANGAN TAKUT BERCINTA, TETAPI...
JANGAN TAKUT BERCINTA, TETAPI...
“Lelaki semuanya sama sahaja! Suka memainkan perasaan wanita!”
“Lelaki semuanya sama sahaja! Suka memainkan perasaan wanita!”
Segelintir perempuan sering melontarkan kata-kata ini. Akibat ditipu dan diperdaya oleh lelaki, mereka telah melalui fasa-fasa yang sangat merugikan diri mereka sendiri. Salah satu faktornya adalah disebabkan CINTA!
Namun, apakah itu cinta? Bagaimana ianya boleh terjadi? Mampukah kita untuk melindungi diri kita dari bercinta? Atau dicintai? Kita juga sering didengari dengan sahabat kita yang merana akibat dari bercinta. Malah, cinta juga mampu mengubah seseorang. Sejauh mana kebenaran akan cinta ini? Perlu bercinta dahulu ke sebelum bernikah?
Cinta diwujudkan dari perasaan kasih sayang, perasaan saling menerima dan mengambil berat antara dua pihak. Ini merupakan perkara yang wajar sekiranya dua orang yang berlawanan jantina saling tertarik antara satu sama lain.
Seperti yang ditekankan di atas, cinta juga boleh mendorong seseorang kepada kemungkaran, akibat daripada cinta buta, mereka sanggup bergelumang dengan dosa. Sebabkan cinta, mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam. Apa yang membawa mereka kepada dosa? Bila dah terlalu seronok bercinta, mereka jadi alpa sehingga hubungan yang haram seolah-olah dihalakannya!
Apabila seorang perempuan sudah memiliki pemikiran seperti itu, maka, senanglah untuk dia jatuh ke dalam perangkap si lelaki yang akan memberinya sedikit perhatian, rayuan dan kata-kata cinta yang boleh mencairkan si perempuan. Maka, diserahkan segala maruah yang dia miliki kepada lelaki itu tanpa meninggalkan apa-apa ruang yang ada. Pada masa itu, si perempuan akan menjadi sudah terbiasa dan menganggap lelaki itulah yang paling penting dalam dirinya, sehinggakan segala kekurangan si lelaki nampak kabur di matanya.
Dengan itu, harga diri seorang perempuan sudah menjadi berlipat ganda ruginya. Baik dari segi agama, mahupun dunia. Yang bertambah malangnya, lelaki itu meninggalkannya dan mengulangi perkara ini dengan perempuan lain pula, lantas, nasib yang sama menimpa perempuan lain pula. Si perempuan pula harus mencari lelaki lain yang mampu mengembalikan kenyakinan dirinya pula.
Untuk mengelakkan dari perkara itu berulang kembali, si perempuan hendaklah mengelak dari mencari cinta. Adakah maksudnya di sini seperti berputus asa dalam mencari cinta? Tidak, maksudnya di sini adalah untuk memberi ruang pada dirinya untuk mencintai dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum mencari cinta daripada orang lain. Dengan ini, mereka mampu untuk melindungi dirinya dari apa yang berlaku selama ini. Dekatkan diri pada Allah, kerana Allah pasti pasti akan memberi petunjuk padanya. Hakikat taubat adalah kembali tunduk kepada Allah SWT.
Sesungguhnya….
“Allah Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang”
Allah menyifati diri-Nya di dalam Al Quran bahawa Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang hampir mendekati 100 kali. Allah berjanji mengurniakan nikmat taubat kepada hamba-hambaNya di dalam sekian banyak ayat yang mulia. Allah ta’ala berfirman:
وَاللّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُواْ مَيْلاً عَظِيماً
“Allah menginginkan untuk menerima taubat kalian, sedangkan orang-orang yang memperturutkan hawa nafsunya ingin agar kalian menyimpang dengan sejauh-jauhnya.” (QS. An Nisaa’: 27)
Ianya akan menjadi tindakan yang bijak sekiranya seorang perempuan boleh mendapatkan hak-haknya dengan cara menghormati perasaannya dan tuntutannya sebagai seorang umat Islam sebelum mereka bernikah. Oleh itu, sebagai seorang perempuan, jadikan pengalaman orang sekeliling kita sebagai pengajaran buat kita, jadikan iktibar buat kita agar cinta tidak memonopoli diri kita sendiri. Kalau kita sendiri yang jaga diri kita, maruah kita, pasti si lelaki pun tidak berani untuk merampas maruah kita.
Nak bercinta itu tak salah pun, janganlah sehingga takut mahu bercinta, cuma jangan disebabkan cinta, diri kita yang merana. Ingat tu!
Belum ada jodoh?