JODOH SAYA SESAT..

JODOH SAYA SESAT..

"walaupun aku pernah mengharungi fasa bercinta dan juga bertunang, namun ianya tetap masih bukan jodohku"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Jodoh, Saya, Sesat

Nama aku Fazira. Umur aku sudah mencecah 30 tahun. Aku masih lagi anak dara yang belum bertemu jodoh. Pengalaman telah mengajarku erti kehidupan yang sebenar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga dengan jodoh. Kalau sudah ditakdirkan jodoh kita menyeru pada umur kita masih muda, maka ternyata itu adalah takdir buat kita. Namun, begitu pula sebaliknya.

Pengalamanku bercinta dengan seorang hamba Allah ini banyak mengajarku tentang keindahan dalam percintaan. Hubungan yang dibina sudah hampir 3 tahun namun berakhir jua disebabkan tidak ada kejujuran dalam hubungan kami. Selepas itu, masing-masing sudah sedia untuk memulakan haluan tersendiri dalam meneruskan kehidupan. Luka yang dirasai masih segar di dalam hati, untuk kembalikan semangat asalku, aku hanya tabahkan diri sahaja.

Selepas hampir 2 tahun aku single, aku bertekad untuk mencari calon pasanganku. Aku ingin bercinta kembali. Luka lama yang ada pada diriku sudah pulih seperti sedia kala. Selepas memasang usaha dalam mengenali hati budi seorang lelaki, akhirnya aku berjaya berkenalan dengan seorang insan bernama lelaki, iaitu rakan sepejabat aku sendiri. Ciri-ciri yang ada pada si dia benar-benar membuatku terpikat dengannya. Pada mulanya, hubungan kami hanya sebagai seorang kawan, lama-kelamaan, kami sudah mula menyukai antara satu sama lain. Hubungan yang dibina kini menjadi semakin serius. Si dia sudah menyampaikan hajat untuk memperisterikanku. Aku setuju. Tanpa berlengah, aku terima akan lamaran itu dengan sepenuh hati aku.

Setelah berbincang, kami bersepakat untuk mengikat dengan tali pertunangan terlebih dahulu. Semasa majlis pertunangan, kami mendapat persetujuan dari kedua belah pihak  untuk mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum kami diijabkabulkan. Sepanjang tempoh bertunang, kami sudah mula melakukan beberapa persediaan dalam menempuh hari pernikahan kami.

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi menuju ke hari perkahwinan kami, namun, pelbagai dugaan dan cabaran yang menimpa kami sebelum menempuh hari bahagia kami. Sebelum ini, kami cuma hadapi setiap dugaan dan cabaran dengan tenang. Namun apabila sudah sampai masanya, kami tersungkur jua dalam mempertahankan hubungan kami untuk melangkah ke alam yang lebih bermakna. Si dia membatalkan pertunangan kami disebabkan orang ketiga yang cuba memisahkan kami. Aku cuba terima dan hadapinya dengan tenang. Aku cuba untuk mempertahankannya, sekuat manapun usahaku, kalau Allah belum kata ianya adalah jodohku, pasti gagal juga usaha yang dilakukan. Perasaan malu dengan masyarakat sekeliling juga membuat aku makin takut untuk berdepan dengan mereka.  

Sudah takdir Allah bahawa kami tidak dapat disatukan. Manusia mana yang mampu menghadapi masalah ini dengan tabah, pasti mereka tetap kecewa dan teramat sedih akan takdir ini, namun siapa kita untuk mempertikaikan akan takdir Allah. Aku mengharunginya dengan sokongan moral yang diberikan oleh kaum keluarga dan kawan-kawanku. Alhamdulillah, Allah telah memberi aku kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…” (Al-Baqarah: 286)

Lain manusia, lain ujiannya. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita, tetapi percayalah, Allah menguji kita kerana Dia sangat kasih kepada kita. Sehingga ke saat ini, aku masih menanti jodohku. Apa yang aku ingin sampaikan disini, rupa-rupanya, JODOH AKU MASIH SESAT walaupun aku pernah mengharungi fasa bercinta dan juga bertunang, namun ianya tetap masih bukan jodohku :(

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar