JODOH TAK KUNJUNG TIBA? INILAH HIKMAHNYA.

JODOH TAK KUNJUNG TIBA? INILAH HIKMAHNYA.

“Eh awak bila nak kahwin?”

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Jodoh, Tak, Kunjung, Tiba, Hikmah

Setiap manusia pasti mahu hidup bersama jodoh mereka. Membesarkan anak-anak bersama, bersama-sama menuju ke hari tua sehinggalah ajal dan maut yang memisahkan mereka. Tapi, bagaimana pula yang masih belum memperoleh jodoh? Jodoh belum kunjung tiba? Apa yang patut dilakukan? Bagi anda yang masih setia menanti jodoh, pernahkah anda diajukan dengan soalan seperti ini?

“Eh awak bila nak kahwin?”

“Dah ada calon isteri/suami ke belum?”

Sudah pasti soalan ini mampu membuat sebilangan daripada anda berasa sangat tertekan. Kadang-kadang rasa macam nak marah pun ada pada yang bertanya itu. Tetapi siapalah kita untuk bersuara. Nanti sudah tentu hubungan anda pula yang menjadi

Sesungguhnya persoalan jodoh merupakan salah satu dari rahsia Allah SWT. Jodoh adalah berbentuk rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia. Mendapatkan jodoh tidak semudah cerita cinta dalam filem atau drama Suamiku Encik Sweet tu. Ada pelbagai fasa yang anda harus lalui sehinggakan sampai satu tahap anda sudah mula berputus asa. Namun sebagai manusia, kita mesti tahu akan hikmah-hikmah disebalik apa yang terjadi pada diri kita ini. Teruskan baca entri ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa hikmah Allah belum mempertemukan dengan jodoh yang sesuai.

Ujian untuk mempertingkatkan amalan

Belum dipertemukan jodoh merupakan satu ujian buat umatNya. Namun, sejauh mana kesabaran kita dalam menerima ujian yang diberikan olehNya? Ujian ini adalah untuk kita sentiasa muhasabah diri kita, perbaiki kekurangan diri kita. Ujian ini bukan hanya kepada anda, malah turut terasa impaknya kepada kaum keluarga anda. Meskipun pelbagai doa telah diamalkan, kalau Allah belum tentukan masanya, pasti belum tiba juga jodohnya. Kita tidak ada kuasa untuk meminta dipercepatkan jodoh, kerana jika belum ada waktunya, orang yang diharapkan pasti belum datang jua. Di sinilah manusia diuji untuk mempertingkatkan amalannya. Allah hanya akan menguji hambaNya yang disenangi. Jika mereka bersabar, maka besarlah nikmatnya.

Waktu untuk membahagiakan orang tua

Pada waktu ini, semasa jodoh masih belum kunjung tiba, saat ini merupakan waktu yang paling sesuai untuk anda membahagiakan mereka yang tersayang. Sama ada ibu bapa, adik beradik atau saudara mara. Ianya juga sebagai satu tanda di mana mereka masih lagi memerlukan bantuan kita. Oleh itu, jadikan waktu ini bukan perkara yang sia-sia, berbaktilah kepada mereka yang masih lagi memerlukan kita.

Takdir Allah SWT

Walaupun belum dipertemukan jodoh oleh Allah SWT, kita sebagai umatNya hanya mampu berdoa, teruskan berdoa dan usah mudah berputus asa, kerana ini merupakan takdir yang telah Allah tetapkan pada kita. Jangan sesekali marah pada takdir, kerana setiap yang ditetapkan oleh Allah pasti ada hikmahnya. Sehingga saat ini anda masih belum dipertemukan jodoh, ada baiknya kita sentiasa berprasangka baik dengan Allah SWT.



Bagi yang sudah dipertemukan jodoh, atau yang melihat orang lain masih belum bertemu jodoh, sebaiknya, teruskan berdoa kepada mereka agar dipermudahkan bertemu jodoh, selain daripada bertanyakan soalan yang mampu membuat mereka tertekan. Apa yang kita tahu, jodoh adalah misteri, yang ditulis oleh Allah, sehingga mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendatangkan jodohnya sendiri selain daripada berdoa dan berusaha sahaja, selebihnya mereka hanya mampu tawakal sahaja. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar