KEBAIKAN BERKAHWIN SEMASA MUDA (MASIH DI ZAMAN BELAJAR)

KEBAIKAN BERKAHWIN SEMASA MUDA (MASIH DI ZAMAN BELAJAR)

"perkahwinan pada usia muda bukanlah asing bagi masyarakat kita buat masa ini"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Sebagai manusia biasa sudah tentulah kita mempunyai keinginan untuk berpasangan dan perkara ini menjadi lumrah bagi setiap manusia. Perkahwinan pada usia muda bukanlah asing bagi masyarakat kita buat masa ini, namun adakah anda tahu kelebihan berkahwin pada usia muda, di bawah kami senaraikan antara kebaikan berkahwin semasa belajar/muda.

Mengelakkan zina- seperti yang kita tahu trend mahasiswa mahupun pelajar sekolah menengah adalah couple dan perbuatan ini boleh menjurus kearah maksiat dan zina. Dengan pernikahan kesemua perkara ini menjadi halal dan sah. Jadi tidak lah pasangan muda terdedah kepada maksiat dalam jangka masa yang lama. Dalam islam pun sebenarnya tak dibenarkan bercouple, sebaliknya nak yang lebih indah iaitu Bercinta Selepas Nikah.

Kurang gangguan – gangguan disini adalah lebih kepada pihak wanita, seperti yang kita lihat golongan wanita yang masih bujang sering menjadi sasaran gangguan bagi pihak lelaki dan dengan perkahwinan dan mempunyai suami gangguan ini biasanya akan berkurangan

Selamat dari cinta monyet – perkara ini sering berlaku di kalangan pelajar dan biasanya berulang beberapa kali. Ramai diantara mereka pada mulanya berjanji sehidup semati namun akhirnya putus ditengah jalan. Biasanya perkara ini memberi impak yang besar di kalangan pelajar seperti kemurungan, stress dan yang paling serius ada yang sanggup membunuh diri akibat dipermainkan. Disebabkan  itu seorang pelajar patut berkahwin ketika usia muda, dan apabila telah berkahwin insyaAllah akan kekal selama-lamanya.

Pembelajaran lebih cemerlang- tidak dinafikan selepas berkahwin biasanya pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan berkahwin biasanya menjadikan seseorang itu mempunyai matlamat hidup yang lebih jelas dan lebih tenang. Biasanya pelajar itu akan lebih focus dalam pelajaran disamping mendapat sokongan moral daripada pasangan.

Kekeluargaan – memberikan hadiah yang bernilai buat ibu dan bapa anda dengan memberikan mereka cucu dan membolehkan anda merancang keluarga dari awal lagi. Malah di pihak isteri pula memberikan mereka lebih keyakinan untuk melahirkan anak dan mereka boleh menjaga anak mereka di usia muda.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar