KENAPA ANDA MENCARI JODOH DI TEMPAT JAUH?
KENAPA ANDA MENCARI JODOH DI TEMPAT JAUH?
"banyak kelebihan sekiranya bertemu jodoh orang dari tempat jauh berbanding orang sekampung atau berdekatan dengan rumah"
Kadangkala faktor tempat juga menjadi satu masalah kepada pasangan. Ramai pasangan yang memikirkan untuk mendapatkan pasangan dari kawasan sekitar sahaja. Puncanya, agar pasangan itu tidak berjauhan dengan keluarga masing masing.
Tahukah anda, banyak kelebihan sekiranya bertemu jodoh orang dari tempat jauh berbanding orang sekampung atau berdekatan dengan rumah. Kebiasaannya, orang yang tinggal berjauhan dengan kita, bukanlah dari kalangan saudara mara kita. Berikut adalah 5 kelebihan bertemu jodoh pasangan jauh.
1. Majlis anda kelihatan meriah.
Apabila anda mendapat pasangan dari jauh, dengan beberapa buah kereta, majlis anda seakan akan satu majlis hebat. Pastinya ramai yang akan memperkatakan mengenai anda. Dan perkahwinan di kedua dua belah keluarga mendapat tetamu yang
berbeza. Maka anda akan dapat berkenalan dengan lebih ramai kenalan dan saudara anda pada ketika itu.
2. Anda akan dapat belajar untuk hidup berdikari dan membina keluarga tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa.
Sesetengah anak muda, mereka ingin hidup berdikari. Mereka bukanlah tidak sayangkan keluarga mereka. Mereka hanya inginkan satu ruang dan peluang bagi menguruskan keluarga sendiri. Bagi anak muda yang ingin merasai kehidupan sebegini, mendapat pasangan jauh mungkin adalah cadangan yang baik untuk anda.
3. Anda akan dapat berkenalan dengan keluarga baru dan saudara mara yang baru
Kebiasaan pasangan jauh tidak akan bertemu jodoh saudara rapat mereka sendiri. Dengan itu, anda berpeluang untuk bertemu serta berkenalan dengan keluarga baru serta saudara mara baru. Anda boleh meluaskan kenalan anda pada keluarga pasangan anda. Bukankah Allah jadikan kita berberbeza bangsa dan suku supaya kita dapat berkenalan. Nah, ini adalah cara terbaik untuk anda meluaskan kenalan anda.
4. Mendapat genetik yang baik
Di dalam Islam, amat tidak menggalakkan perkahwinan sepupu atau saudara dekat. Ini kerana, secara saintifiknya, terdapat beberapa jenis penyakit yang menjadi lebih berisiko sekiranya kedua dua pasangan adalah pembawa atau dari keturunan yang sama. Perkahwinan jauh mampu mengurangkan risiko penyakit jenis ini kepada anak anak.
5. Mertua mudah nak datang ke rumah
Jadi kena jaga-jaga supaya takde benda tak elok terbongkar (spotcheck), dan yang paling bessttt, mertua sukar datang ke rumah. Pastinya ini bukan kerana anda tidak suka mereka datang. Namun kadang kadang bagi pasangan berkerjaya, agak sukar untuk rumah sentiasa kelihatan kemas. Apatah lagi sekiranya pada minggu itu mereka terpaksa melaksanakan tugas pejabat lebih masa. Pastinya lebih sukar untuk mereka mengemas rumah mereka. Jadi, pastinya ini adalah satu kelebihan bagi anda yang mendapat pasangan jauh.
Jadi bagi yang mendapat pasangan jauh, jadikan ianya satu tempat bagi anda belajar bagaimana menguruskan rumah tangga jauh dari keluarga masing masing.
Belum ada jodoh?