fbpxKESAN APABILA PASANGAN TERLALU KUAT MENGONGKONG

KESAN APABILA PASANGAN TERLALU KUAT MENGONGKONG

KESAN APABILA PASANGAN TERLALU KUAT MENGONGKONG

"mereka tidak sedar akan impak akibat terlalu kuat mengongkong"

Dikarang oleh 91468 | Motivasi
Kongsi artikel ini: 

Ramai individu di luar sana berdepan dengan pasangan yang kuat mengongkong. Kebiasaanya, ianya terjadi bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, namun, masih ada juga pasangan suami isteri yang terlalu kuat mengongkong. Mereka yang terlalu kuat mengongkong ini akan memberikan tekanan kepada pasangan mereka. Mereka tidak sedar akan impak akibat terlalu kuat mengongkong. Apabila mereka terlalu kuat mengongkong, sebenanya mereka mempunyai kurang kepercayaan buat pasangan mereka. Sedangkan dalam setiap perhubungan, mestilah wujud kejujuran dan kepercayaan.

Apabila mereka terlalu mengongkong pasangan mereka, mereka berdepan dengan masalah di mana pasangan mereka sudah mula menipu. Ia adalah kerana anda terlalu mengongkong mereka, jadi bagi mengelakkan pergaduhan atau perselisihan, pasangan anda akan mula menipu. Ianya tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun.

Lama kelamaan, si dia akan jemu dengan anda. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, jadi pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga. Mungkin sebab dah bosan dengan kehendak anda yang terlalu control, lantas mereka bertindak untuk bermain kayu tiga.

Apabila anda sering meletakkan syarat dalam perhubungan, anda akan membuat pasangan anda sering tidak berpuas hati, lalu berlakunya perselisihan antara anda dan pasangan. Apabila hubungan menjadi semakin dingin, nescaya hubungan anda tidak mempunyai penghujungnya.

Untuk kaum lelaki dan perempuan, tidak salah untuk ada control pasangan anda, namun, biarlah bertempat. Jangan terlalu mengongkong dan jangan terlalu open sampai membiarkan sahaja pasangan anda melakukan apa sahaja, namun, dalam setiap hubungan mestilah mempunyai kejujuran dan kepercayaan, nescaya Allah akan lindungi hubungan anda.   

Kongsi artikel ini: