LELAKI BIASA LAGI BAGUS DARI LELAKI HANDSOME DAN KAYA!

LELAKI BIASA LAGI BAGUS DARI LELAKI HANDSOME DAN KAYA!

" pasti ramai perempuan di luar sana mengimpikan seorang lelaki yang handsome dan kaya"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Sudah pasti ramai perempuan di luar sana mengimpikan seorang lelaki yang handsome dan kaya. Kalau dapat tu, memang bonus lah kan? Namun, adakah anda pasti bahawa mereka yang handsome dan kaya ini semuanya bagus-bagus? Masih ada yang handsome, kaya malah sangat bagus dari pelbagai aspek, namun, ada segelintir yang kaya, handsome, bahkan kurang bagusnya. Mungkin dari segi agama, atau perangainya.

Untuk pengetahuan perempuan-perempuan di luar sana, lelaki biasa ini kebanyakkannya lebih bagus berbanding mereka yang cukup pakej. Ini kerana, mereka yang biasa-biasa ini lah lebih pandai dalam menjaga hubungan. Mereka mempunyai kesetiaan yang lebih berbanding mereka yang lain. Mereka lebih setia dalam hubungan, jarang lah kalau berlakunya kecurangan. Insha Allah.

Lelaki biasa jenis yang tak cerewet. Mereka tak terlalu memilih. Cukup senang dalam berurusan. Lelaki biasa ni, pergi mana-mana pun tak kisah. Makan dekat warung pun tak kisah, kalau lelaki kaya, bagi mereka, jatuh laa standard nanti bila pergi makan dekat warung-warung sahaja.

Lelaki biasa ego mereka tak terlalu tinggi. Mungkin lelaki kaya ni beranggapan dia memiliki segala-galanya, sebab itu mereka mempunyai ego yang tinggi, mungkin bagi mereka “kalau awak tak mahu dekat saya ramai lagi yang beratur” amboi, sekejap sahaja Allah boleh tarik nikmat itu ok.

Oleh itu, nasihat untuk kaum wanita, jangan terlalu mengharapkan mereka yang handsome dan kaya. Mereka yang biasa-biasa pun apa kurangnya kan? Tak semua yang handsome dan kaya ni tak ada seperti yang di atas, masih ada yang memiliki ciri-ciri di atas, cuma jangan disalaherti, mereka yang biasa-biasa ni pun ada keistimewaanya :)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar