LELAKI INILAH YANG SEDANG AKU TUNGGU

LELAKI INILAH YANG SEDANG AKU TUNGGU

"Apa yang paling penting adalah akhlaknya terhadap suruhan Allah SWT"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Lelaki, Inilah, Yang, Aku, Sedang, Tunggu

Aku baru sahaja tamat pengajianku di sebuah universiti awam. Setelah berjaya menggenggam segulung ijazah, aku berniat untuk mencari seorang teman hidup yang boleh membawaku ke jalan Allah. Memandangkan umurku semakin meningkat, aku sering diajukan soalan seperti “bila nak kahwin?” “bila bercadang untuk berkahwin?” atau “sudah ada calon pilhan hati ke?”. Secara fitrahnya, sudah pasti aku ingin membina sebuah mahligai bahagia, cuma pada zaman ini, agak sukar untuk aku menemui calon pilihan hatiku.

Sesungguhnya, aku bukanlah wanita yang terlalu memilih pada rupa seseorang malah bukan juga seorang yang memandang akan harta duniawi, tetapi cukuplah sekiranya si dia lengkap dengan iman dan akhlak yang mulia. Secara jujurnya, agak rumit untuk aku bertemu dengan lelaki seperti itu pada zaman ini.

Aku juga sering dilemparkan dengan kata-kata seperti “kalau hanya menanti mereka yang ada iman sahaja tak cukup, macam mana mahu teruskan hidup dalam dunia yang semakin pesat dengan ekonomi ini kalau tanpa pekerjaan yang bagus?” Jawapan aku, mudah sahaja. Sekiranya si dia seorang yang beriman dan berakhlak mulia, pasti si dia juga tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, iaitu memberi nafkah kepada si isteri dan anak-anak.

Apa yang paling penting adalah akhlaknya terhadap suruhan Allah SWT, sekiranya dia tahu akan tanggungjawabnya sebagai manusia, pasti dia juga tahu akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, iaitu seorang pemimpin bagi keluarganya. Nescaya dia mampu menjalankan tanggungjawabnya seperti yang sudah tertulis.

Ya Allah, bantulah aku. Aku tidak memandang duniawi semata-mata, tetapi, aku memerlukan bekalan akhirat yang mencukupi. Cukuplah jika si dia mampu membimbingku ke jalan itu. Aku percaya, jika hanya berlandaskan kekayaan duniawi sahaja, ianya tidak mampu membawaku ku syurgamu.

Ya Allah, aku sedang menunggu si dia, seorang lelaki yang akan menjadi ketua keluargaku, yang boleh membimbingku ke syurgamu, yang juga merupakan seorang mukmin yang merindui syahid di jalan-Mu Ya Allah.

Ya Allah, kurniakanlah aku dengan seorang hamba-Mu yang senantiasa berzikir kepada-Mu. Seorang insan yang tegas dan berani, malah dia juga adalah insan yang tidak takut berkata benar, yang tidak jemu melawan nafsu yang ingin menguasai diri dan juga yang sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Ya Allah, kurniakanlah aku dengan suami yang mampu menghiburkanku dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, dengan zikir-zikir munajat.

Ya Allah, kurniakanlah aku dengan suami yang boleh menasihatiku supaya sentiasa mengingati mati. Ketika aku sedang asyik dengan keadaan duniawi, dia sedarkan aku akan akhirat. Dia menyedarkan aku tentang kelazatan di syurga Allah.

Ya Allah, permudahkanlah aku dalam memiliki calon pilihan aku ini. Sesungguhnya aku tidak pernah jemu meminta pertolongan daripadaMu Ya Allah. Hanya Engkau sahaja yang boleh memakbulkan doaku ini. Aku akan terus berdoa dan berusaha dalam memiliki insan itu. Amin.

Ya Allah, sekiranya dia hilang cintanya pada-Mu, maka hilangkan cintaku padanya. Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku pada-Nya, kerana cinta ilahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia. Wallahualam.

Ya Allah, siapakah dia?

Hanya Engkau yang Mengetahuinya.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar