LELAKI MATANG VS LELAKI KURANG MATANG

LELAKI MATANG VS LELAKI KURANG MATANG

"siapa itu lelaki matang dan siapa itu lelaki kurang matang?"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Entri sebelum ini kami pernah kongsikan tentang tips bagaimana untuk menjadi matang dalam bercinta (Tips menjadi matang dalam bercinta). Untuk entri pada kali ini, kami akan berkongsi tentang “lelaki matang vs lelaki kurang matang”.

Siapa itu lelaki matang?

Lelaki matang ialah mereka yang apabila berlakunya perselisihan faham antara mereka dengan perempuan, mereka bertindak rasional. Mereka akan mendengar penjelasan dari pihak perempuan terlebih dahulu sebelum bertindak sesuatu, mereka tidak akan marah tanpa usul periksa.

Lelaki yang matang ialah mereka yang bukan 24 jam nak berkepit dengan si perempuan. Maksudnya ialah, tak ada lah sampai setiap masa nak message, whatsapp, call dating dengan girlfriend/tunang dia.

Lelaki yang matang bukan seorang yang cepat naik angin atau marah-marah girlfriend/tunang mereka. Kalau marah, mesti ada sebab yang relevan, bahkan, kalau mereka marah pun, mesti cepat cool. Namun, bergantung kepada situasi juga.  

Lelaki yang matang adalah mereka yang bersifat pemaaf. Ego mereka tidak terlalu tinggi, malah mudah memaafkan girlfriend/tunang mereka.

Lelaki yang matang ialah lelaki yang berkawan atas dasar untuk membina hubungan ke arah yang lebih serius.

Siapa itu lelaki yang kurang matang?

Lelaki yang tidak matang ialah mereka yang cepat marah. Mereka cepat je naik angin tanpa mendengar penjelasan dari si perempuan. Tahu nak marah sahaja. Sikit-sikit nak memaki hamun.

Lelaki yang kurang matang ialah mereka yang asyik nak bersms je dengan si perempuan. Kalau si perempuan tak balas pun, terus dia call. Perempuan pun rimas macam tu. Dah macam psycho pun ada.

Lelaki yang kurang matang ialah mereka yang mempunyai ego yang tinggi, agak sukar bagi mereka untuk memaafkan seseorang. Kerana mereka yang mempunyai ego yang tinggi ni kebiasaannya merasakan apa yang mereka lakukan sentiasa betul.

So para lelaki, anda di golongan yang mana? Lelaki matang? Atau lelaki kurang matang? ;)

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar