MAHU KAHWIN? ADA BERANI?

MAHU KAHWIN? ADA BERANI?

“Tahukah anda perkara yang remeh pun boleh mengakibatkan sebuah hubungan suami isteri itu boleh retak begitu sahaja?"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Kongsi artikel ini: 
Mahu, Kahwin, Ada, Berani

“Tahukah anda perkara yang remeh pun boleh mengakibatkan sebuah hubungan suami isteri itu boleh retak begitu sahaja?”

Ok, pasti semua pembaca ingin berkahwin kan? Pasti bila anda membayangkan sebuah perkahwinan itu adalah perkara yang manis-manis sahaja, namun sejauh mana kemanisan itu? Macam gula-gula ke manisnya?

Setiap kali berbicara mengenai perkahwinan, apa di fikiran anda adalah memikirkan saat yang bahagia sahaja, melahirkan zuriat dan membina sebuah keluarga yang bahagia. Ianya jelas, apabila anda berkahwin, anda bukan sahaja mendapat seorang isteri atau suami, tetapi seluruh hidup anda. Mulai saat itu, hingga ke akhir hayat, suami dan isteri anda akan menjadi peneman dan kawan baik anda.

Kehidupan atau hubungan sebelum kahwin adalah sangat berbeza berbanding selepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, semua yang pasangan anda lakukan adalah indah-indah sahaja. Kalau selepas kahwin, belang pun dah keluar. Macam-macam perangai yang sebelum ini tidak ditonjolkan tapi sudah mula ditonjolkan oleh pasangan. Namun, pada ketika ini, apa yang anda patut lakukan? Tak akan nak selesaikan dengan perceraian? Sedangkan perceraian ini paling dibenci Allah.

Tahukah anda, sesuatu perkara yang anda cuba rahsiakan dari pengetahuan suami atau isteri anda dan akhirnya sampai ke telinga mereka mampu membuatkan hubungan anda tegang? Ya, betul, perkara ini mungkin bagi anda ianya nampak remeh, tapi ia boleh mendorong kepada perbalahan. Siapa sahaja mahu bertengkar dengan pasangan kan?

Tahukah anda, pembohongan kecil yang anda lakukan, lama-kelamaan juga mampu mewujudkan pertengkaran antara anda suami isteri? Ya betul, ‘tipu sunat’, namun sejauh mana penipuan itu mampu bertahan? Apabila si suami mahupun isteri dapat menghidu akan penipuan itu, pasti tercetusnya perbalahan kan?

Tahukah anda, apabila anda mengamalkan perbuatan di atas, perasaan hormat-menghormati antara anda dan pasangan akan mula pudar, sedangkan perkara ini harus diterapkan  dan disepakati antara suami isteri supaya tidak timbul perbalahan kelak. Apabila hilangnya rasa hormat menyebabkan individu secara tidak sedar melakukan perbuatan yang membuatkan orang sekeliling menjauh dengan anda, terutama antara anda dan pasangan.

Kita sering didengari dengan ayat “tak pandai masak, macam mana nak kahwin?”, jadi apa yang ada di fikiran mereka hanyalah “tak boleh kahwin lagi, sebab tak pandai masak”. Tidak, ini bukan satu kelemahan buat anda. Semua ini bukanlah penentu kebahagiaan sebuah rumah tangga. Namun, cara anda menangani hubungan itu adalah merupakan peranan yang paling penting dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga anda.

Memang pasangan yang saling mencintai akan bersumpah mahu hidup semati bersama hingga ke akhir hayat, namun sejauh mana janji itu mampu dipegang. Sedangkan banyak perkara yang perlu ada pelajari dan amalkan. Sudah sah-sah lah perkara utama adalah sentiasa berpegang teguh pada agama, kerana dengan bantuan Dia sahaja kita mampu mengawal setiap tindak tanduk kita dalam melakukan apa jua hal.

Setiap perkara yang menimbulkan perbalahan mampu wujud dari perkara atau perbuatan yang remeh sahaja, sekiranya perkara remeh seperti yang dinyatakan di atas pun anda tidak mampu mengawalnya, sudah pasti perkara besar pun tidak terlawan.

Oleh itu, nasihat kami di baitulmuslim.com, dalam sebuah perkahwinan, jangan hanya kejar cinta sejati untuk sama-sama ke syurga, bahkan juga sentiasa berusaha dalam membina matlamat sebuah rumah tangga sebagai suami dan isteri. Banyakkan mendalami ilmu mengenai perkahwinan agar anda mampu membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. MAHU KAHWIN, ADA BERANI KE?

Kongsi artikel ini: