fbpxMASIH MENANTI JODOH

MASIH MENANTI JODOH

MASIH MENANTI JODOH

“Sebenarnya saya mahu berkahwin, tetapi masih menanti jodoh yang sesuai”.

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Kongsi artikel ini: 
Masih, Menanti, Jodoh

Apabila diajukan beberapa soalan mengenai jodoh terhadap mereka yang belum berkahwin pasti diberinya jawapan yang klise yang sering kita dengari.

“Kenapa awak masih belum bernikah?”. 

Dan antara jawapan yang selalu diberikan adalah:

“Sebenarnya saya mahu berkahwin, tetapi masih menanti jodoh yang sesuai”.

“Jodoh saya belum sampai lagi”.

Segelintir masyarakat pasti masih ragu-ragu lagi. Adakah Allah masih belum menepati janji-Nya sedangkan sudah melakukan pelbagai usaha dalam dipertemukan jodoh. Mana janji-janjiNya? Malah, sekiranya kita sering ragu-ragu, bukankah itu akan melemahkan iman kita yang ada dalam hati?

Terlebih dahulu, sebelum kita menanyakan ini pada takdir Allah, tanya pada diri sendiri terlebih dahulu, adakah kita mahukan sesuatu yang serba ideal? Seperti yang kita tahu, kebanyakan orang mahu memiliki pasangan yang cantik, handsome, kaya pandai dan sebagainya. Dalam erti kata lain, sempurna. Berdasarkan pemerhatian, ramai yang menunda atau melambatkan perkahwinan dengan memberi alasan seperti ‘belum ada calon sesuai dengan dirinya’. Anggapan itu langsung tidak ada salahnya, kerana kita berhak untuk mencari calon yang terbaik terlebih dahulu, lebih-lebih untuk dijadikan pasangan hidup untuk selama-lamanya.

Tetapi, apa yang perlu kita ingat adalah, semakin tinggi impian yang kita letakkan, semakin sukar untuk kita menggapainya. Seperti yang disebut di atas, sudah tentu pemilihan calon pasangan hidup adalah terletak pada mereka yang ingin berkahwin, atau si empunya badan, tetapi, janganlah menetapkan sesuatu yang terlalu sukar untuk kita peroleh.

Sehinggakan ramai orang membatalkan niat berumah tangga dengan alasan masih belum bertemu jodoh yang sesuai. Walhal kriteria jodoh yang sesuai yang diletakkan adalah terlalu tinggi. Melainkan anda sendiri dianugerahkan dengan ciri-ciri yang penuh kesempurnaan. Namun, ingatlah, tiada seorang pun manusia yang sempurna, mereka mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri.

Dijelaskan sekali lagi, tidak salah mengharapkan pasangan yang sesuai ataupun yang ideal, tetapi kita perlu juga tahu dan sedar siapa diri kita. Sekiranya mahu pasangan hidup yang sempurna di mata anda, diri kita juga haruslah sempurna. Kenapa begitu? Kerana manusia memilih pasangan hidup yang setaraf dengannya. Allah SWT ada menjelaskan:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Oleh itu, mereka yang mahu dijodohkan dengan calon pasangan yang baik haruslah menjadi baik terlebih dahulu. Orang yang mahukan pasangan yang baik perlu berusaha sedaya upaya menjadi seperti yang diimpikannya, supaya mereka lebih mudah mendapat calon pilihan mereka. Sekiranya masih belum berjaya, sebaiknya, terima jodoh yang dianugerahkan oleh Allah dengan ikhlas dan terima mereka seadanya. InshaAllah. Ingat, perkara ini lebih diutamakan berbanding untuk terus hidup membujang!smiley

Kongsi artikel ini: