fbpxMENCARI JODOH ATAU MENUNGGU?

MENCARI JODOH ATAU MENUNGGU?

MENCARI JODOH ATAU MENUNGGU?

"janji-janji manis disaat bercinta kebanyakannya hanya meninggalkan kata-kata yang menyakiti jiwa sahaja"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Kongsi artikel ini: 
Mencari, Jodoh, atau, Menunggu

Persoalannya disini, “adakah kita hanya sekadar menanti jodoh untuk muncul di sebelah kita?” “usaha tidak perlu ke?” “atau sekadar goyang kaki di rumah, menantikan si putera atau puteri anda masuk meminang?”

Isu jodoh ini bukan boleh buat main, malah, ianya juga bukan sesuatu yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Boleh dikatakan, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang soal JODOH!

Salah faham mengenai istilah jodoh mampu memberi kesan negatif yang cukup besar terhadap masyarakat. Gejala sosial yang berleluasa pada masyarakat zaman kini adalah merupakan salah satu sebabnya juga, iaitu kesilapan dalam memandang isu jodoh ini.

Jika dilihat pada masyarakat kini, ramai yang masih keliru tentang persoalan jodoh. Sejak di bangku sekolah lagi kita sudah dapat melihat remaja-remaja sedang sibuk mencari jodoh mereka. Pada masa itu, mereka hanya mencari keseronokan sahaja, hanya sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja, namun sejauh mana niat mereka untuk membina masa depan bersama?

Apabila dah tiba masanya, sudah tentu mereka akan sungguh-sungguh memikirkan tentang soal jodoh. Kalau jodoh mereka panjang, sudah tentu yang dari zaman sekolah itu lagi akan menjadi jodoh mereka, namun apa jadi jika sebaliknya?

Janji-janji manis disaat bercinta kebanyakannya hanya meninggalkan kata-kata yang menyakiti jiwa sahaja. Pernahkah anda terfikir, mengapa semua ini berlaku?

Pernahkah anda terfikir, usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita? Atau, adakah selama ini usaha yang anda lakukan adalah silap?

Jodoh, adakah ianya satu ketentuan?

“...Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ath-Thalaq, 65:3)

Maka, ianya benar, jodoh adalah merupakan salah satu ketentuan dari Allah. Malah bagi umat Islam pula, meyakini Qada dan Qadar yang telah ditentukan olehNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qada dan Qadar merupakan salah satu rukun iman, ianya bererti, sekiranya tidak beriman kepadanya, akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Apa yang boleh dilihat di sini adalah,  soal jodoh dan pertemuan ini semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Tiada sesuatu pun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Sudah menjadi sesuatu ketetapan Allah bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang dipanggil “usaha”. Apa pula kaitan dengan soal jodoh ini? Adakah kita sudah perlu mencari?

Tanya pada diri sendiri, sudahkah kita bersedia untuk menjadi seorang suami/isteri kepada seseorang? Kalau belum, usaha ‘mencari’ itu masih tidak perlu. Kenapa jawapannya masih tidak perlu? Ini kerana, apabila persediaan dari segi mental dan fizikal masih belum mengatakan YA, banyak masalah yang akan timbul kelak! 

Namun, apa pula yang terjadi sekiranya jawapannya adalah SUDAH BERSEDIA? Ini bermakna anda sudah boleh mula mencari. Sekiranya anda merasakan ‘mencari’ ini adalah terlalu sukar, bagaimana kalau meminta ibu bapa atau kaum keluarga yang ‘mencarinya’? Kalau malu untuk mengatakan hasrat itu, anda mungkin juga boleh menggunakan platform baitulmuslim.com dalam misi berkenalan dengan calon lain. Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu mahu mengikat diri mereka dengan pilihannya itu, dengan suatu ikatan atau perhubungan, mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Berdasarkan pemerhatian saya sendiri, ramai yang perlu ‘mencari’ jodoh daripada menunggu. Kerana tanpa usaha, kejayaan pasti tidak akan datang dengan senangnya. Teruskan berdoa, jangan berputus asa.

Kongsi artikel ini: