NASIHAT DARIPADA LELAKI KEPADA PEREMPUAN

NASIHAT DARIPADA LELAKI KEPADA PEREMPUAN

"mereka tidak berniat untuk merendah-rendahkan kaum perempuan, bahkan sentiasa ingin menjaga hati dan melindungi orang yang mereka sayang"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Hi kaum perempuan, jom baca ni:

  • Lelaki ni jenis yang berterus terang. Sekiranya anda berkias, dia memang susah nak faham dan memilih untuk membiarkan sahaja. Tak nak pening-pening fikir apa maksud yang tersirat.

  • Lelaki lebih suka pilih untuk berdiam diri. Bukan dia bisu. Bahkan juga bukan dia tak nak ambil kisah, sebaliknya dia tak nak membuat sesuatu masalah itu menjadi panjang. Nanti situasi akan menjadi semakin rumit.

  • Kehidupan si lelaki jauh lebih mudah dari perempuan. Sebab itu lelaki sukar memahami si perempuan kalau dia tetap nak guna bahasa kiasan. Lelaki ni simple sahaja orangnya.

  • Bagi orang lelaki pula, perempuan memang suka membicarakan tentang sesuatu yang sensitif dan sedih apabila berdepan dengan sesuatu realiti, malah bagi si lelaki pula, dia bukan sombong dan berlagak, tapi dia lebih suka untuk merahsiakan dan lebih suka membisu.

  • Bagi perempuan, sekiranya lelaki itu mengalah, ianya sebagai tanda sayang dan pengorbanan, namun, bagi lelaki pula, ianya seolah-olah seperti tanda putus asa, tiada prinsip yang kukuh, malah ada yang berpendapat, itu tanda seorang yang lemah.

Oleh itu, untuk kaum perempuan di luar sana, jangan sesekali mencabar kaum lelaki, mereka sebenarnya ada sebab tersendiri. Mereka ini memang seorang yang simple. Mereka tidak berniat untuk merendah-rendahkan kaum perempuan, bahkan sentiasa ingin menjaga hati dan melindungi orang yang mereka sayang :)

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar