PEREMPUAN, JOM BERHIAS UNTUK SUAMI ANDA!

PEREMPUAN, JOM BERHIAS UNTUK SUAMI ANDA!

"wanita sudah dikenali dengan identiti yang sentiasa ingin kelihatan cantik"

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Perempuan, Berhias, Untuk, Suami

Berhias, merupakan perkataan yang hanya sebati pada perempuan sahaja kan? Ada ke lelaki yang menggunakan perkataan berhias juga? Macam pelik je bunyinya kan? Bagaimana tidaknya, wanita sudah dikenali dengan identiti yang sentiasa ingin kelihatan cantik.

Namun tahukah kamu, bahawa Islam juga membenarkan seorang wanita itu untuk berhias, lebih-lebih lagi untuk tatapan suaminya. Sesungguhnya Islam adalah agama yang sempurna. Islam tidak melarang seorang wanita untuk berhias, apalagi dalam memperendahkan martabat seorang wanita itu sendiri. Nak berhias itu memang boleh, namun, mestilah memadai. Jangan terlebih pula.

Allah SWT berfirman:

“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31)

Apa yang penting adalah untuk sentiasa menjaga kebersihan dan merapikan diri supaya si suami berasa sedap mata memandang. Walaupun si isteri sering menyibukkan diri dengan pelbagai kerja rumah mahupun kerja luar mereka, jangan jadikan ianya alasan untuk anda tidak mempersiapkan diri anda. Kalau sebelum kahwin, anda dapat menghabiskan masa berjam-jam lamanya di hadapan cermin hanya semata-mata untuk mencantikkan diri, apa salahnya selepas kahwin pun anda lakukan perkara yang sama? Ayuh bertindak sekarang!

Tips 1 - Jangan malas mandi

Mandi sudah menjadi seperti kemestian buat seorang manusia untuk mereka lakukan pada setiap hari. Sesibuk mana sekalipun dalam membuat kerja rumah, curilah sedikit masa untuk membersihkan diri. Ia juga dapat menyegarkan diri kita dan menyucikan badan kita dari kekotoran.

Tips 2 - Potong kuku dan bulu

Kalau sebelum kahwin, setiap kali nak keluar dengan bakal suami, anda mesti sentiasa ingin kelihatan kemas dan rapi. Begitu juga selepas kahwin, lakukan perkara sama, pastikan kuku anda sentiasa bersih, dan pastikan juga bulu di celah-celah ketiak mahupun di tempat sulit supaya tidak dibiarkan panjang. Rambut juga biarlah sentiasa cantik dan terurus, walaupun memakai tudung, jangan ambil remeh!

Tips 3 - Pakai pakaian yang berbeza

Kalau hari-hari asyik mahu pakai baju sama sahaja, pasti baju itu akan mengeluarkan bau yang tidak senang. Elakkan dari memakai pakaian yang sama sahaja. Pakai pakaian yang cantik. Elakkan dari menyimpan pakaian yang sudah lusuh. Pakaian yang cantik bukan bermaksud pakaian seperti mahu ke majlis kenduri, ianya hanyalah sekadar sedap mata memandang. Begitu juga dengan tudung, jangan hari-hari sidai kain pun pakai tudung yang sama.

Untuk bakal isteri dan para isteri di luar sana, usah berasa segan dan malu untuk berubah ke arah kebaikan. Jagalah imej anda sebagai seorang perempuan, anda berhias pun bukan untuk orang lain, tetapi untuk suami anda juga. Ianya bukan hanya suka-suka, namun, dengan cara ini juga mampu mengekalkan rasa kasih sayang dan cinta antara anda dan pasangan anda. Insha Allah, dengan usaha yang mudah ini pun dapat menjamin kebahagoian rumah tangga anda dan pasangan. Anda diri anda sendiri tidak terurus, bagaimana anda ingin mengurus rumah tangga anda?

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar