PEREMPUAN, SEKEJAP BEGITU, SEKEJAP BEGINI!

PEREMPUAN, SEKEJAP BEGITU, SEKEJAP BEGINI!

(Dipetik dari Novel Marah-Marah Sayang : Lily Haslina Nasir)

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi

Perempuan.. Kesian lelaki, nak kena faham isi hati si perempuan. Kadang-kadang apa yang mereka bicarakan tidak sama dengan apa yang tersirat di hati mereka. Bila kaum lelaki tak faham, mula lah nak marah. Adat lah kan? Disini kami akan kongsikan beberapa ungkapan perempuan yang tanpa disedari sering membuatkan kaum lelaki pening kepala, ianya dipetik dari Novel “Marah-marah sayang”, hasil karya Lily Haslina Nasir (bekas pengarang rencana majalah & penulis novel)

Perempuan : Saya tak bersedia lagi nak memberi sebarang komitmen dalam perhubungan ini.

Maksud perempuan : Memang saya tak mahu sebarang hubungan jangka panjang dengan awak. Saya memang tak sudi!

Apa lelaki faham : Anda belum mahu berfikir serius. Tak mengapa, dia sanggup bersabar menunggu hati anda terbuka menerima dirinya.

......

Perempuan : Saya sibuk dengan kerja sekarang.

Maksud perempuan : Saya tak ada masa nak layan awak sekarang dan sampai bila-bila.

Apa lelaki faham : Awak kena kerja lebih masa agaknya. Esok lusa kalau awak kelapangan, tentu awak tak ada masalah nak date dengan dia.

......

Perempuan : Kenapa awak selalu keluar makan sendirian? Tak bosan ke?

Maksud perempuan : Saya memang nak sangat keluar dating dengan awak. Lebih seronok kalau saya jadi calon kekasih awak! Kita tentu bahagia.

Apa lelaki faham : Memanglah, kalau dah lapar, tak payah toleh kiri kanan lagi.

......

Perempuan : Sampai ke mana hubungan kita ni sebenarnya? Apa destinasi kita?

Maksud perempuan : Selepas ini, fikirkanlah dengan lebih serius. Bukankah umur saya sudah lanjut?

Apa lelaki faham : Kita berhubungan sampai bila-bilalah. Setakat ini bukankah tiada sebarang masalah?

......

Perempuan : Saya memang selesa dengan awak. Bukankah awak sudah mengenali diri saya? Hati budi pun awak dah faham benar!

Maksud perempuan : Kita berkawan rapat, sudah saling mengenali. Nak tunggu apa lagi? Bila lagi awak mahu menghantar rombongan meminang saya?

Apa lelaki faham : Hah, baguslah tu! Kalau memang awak selesa berkawan dengan saya, saya lebih lagi. Kalau tengah bulan saya kekeringan duit, awak tentu tak ada masalah nak pinjamkan seratus dua!

......

Perempuan : Kenapa lelaki berambut ikal dan berlesung pipit itu selalu pandang saya? Dia tu eksekutif baru di pejabat. Saya tak kenal dia pun, tapi dia selalu senyum pada saya.

Maksud perempuan : Helo.. ramai lagi jejaka yang masih mencuba nasib dengan saya. Kalau awak tak pandai jaga hati saya, jangan menyesal kemudian.

Apa lelaki faham : Eksekutif muda tu memang miang agaknya. Pantang tengok perempuan cantik. Orang perempuan kenalah berhati-hati.

......

Haaa. Apa pendapat anda semua wahai kaum perempuan? Susah bukan untuk kaum lelaki memahami maksud tersirat disebalik kata-kata seorang perempuan. Untuk kaum lelaki pula, kesian anda nak kena faham dan teliti maksud yang tersirat. Sabar ya ;)

Ada banyak lagi ungkapan yang kaum lelaki perlu faham dari seorang perempuan. Cuma kami dapat kongsikan beberapa ungkapan sahaja didalam entri ini. Anda boleh ke FB Page penulis itu sendiri, https://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir/.

 

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar