Perigi cari timba pun ok!

Perigi cari timba pun ok!

Perigi cari timba seringkali dirujuk bila seorang perempuan mencari lelaki sebagai calon suami. Namun begitu langkah ini adalah sesuatu yang dianggap melawan arus...

Dikarang oleh hasrulhamimie | Motivasi

'Perigi mencari timba' sering kali dirujuk bila seorang perempuan mencari lelaki sebagai calon suami. Namun begitu langkah ini adalah sesuatu yang dianggap melawan arus. Sepatutnya timbalah yang perlu mencari perigi. Tetapi persoalannya di sini, siapa yang menetapkan begitu? Siapakah yang menentukan yang timba mesti mencari perigi, bukan sebaliknya? Apakah itu adat atau syariat? Sebelum kita pergi lebih jauh, terlebih dahulu marilah kita ikuti dialog antara ibu dan bapa tentang jodoh anak perempuannya.

 “Si isteri meluahkan rasa bimbang kepada suaminya, bagaimana agaknya nak menentukan jodoh anak kita nanti?", luahnya kepada suami..

 “Lambat lagi sayang..untuk anak kita nak melangkah kearah tu, anak kita kan baru saja masuk tahun pertama di Universiti. Ada dua atau tiga tahun lagi sebelum anak kita tamat pengajiannya,” pintas suaminya untuk mententeramkan.

 “Tapi abang, soal jodoh,ajal maut ni tak tentu... Kadang-kadang belum abis belajar dah jumpa yang berkenan di hati! Macam kita dulu,” usiknya kepada suami.

 Kami bernikah sewaktu saya masih belajar pada tahun akhir pengajian. Suami senyum mendengar usikan saya. Jelas mesej yang cuba saya sampaikan menerjah hatinya.

“ Macam mana kalau kita mula amalkan prinsip ‘perigi mencari timba’,”? Cadang saya kepada suami.

“ Eh malulah..tak pernah dibuat orang, nanti silap hari bulan orang cakap anak kita ni tak laku pula,” jawabnya. Suami memang begitu, mesti ada kontranya. Tapi ini lah di anggap sebagai perbincangan pasti ada yang bersetuju dan sebaliknya.

“ Kenapa perlu fikir sangat apa yang orang kata..kita perlu ada pemikiran yang lebih luas dan terbuka dan tukar apa orang kata kepada apa Allah kata. Tuhan yang Maha Esa hanya satu, manakala kalau manusia kan beribu..mana satu yang kita nak dengar dan ikut kan?” balas saya.

Perigi mencari timba dianggap sangat memalukan kerana perempuan yang perlu mencari lelaki. Kadang-kadang ini lah pemikiran manusia yang tidak dapat kita nafikan. Ianya merupakan situasi yang luar biasa, tetapi sesuatu yang biasa tidak semestinya sentiasa betul atau tidak boleh diubah. Manakala, sesuatu yang luar biasa bukan semestinya tidak betul. Sekurang-kurangnya ia boleh dicuba.

Seperti yang kita faham budaya atau adat tidak selamanya dianggap sebagai relevan. Kita perlu ubah persepsi ini. Apa yang lebih relevan daripada budaya atau adat? Jawapannya ialah syariat yakni hukum yang ditetap oleh Allah s.w.t. Hal ini kerana, ianya sesuatu yang mutlak dan relevan sampai bila-bila.

Islam itu mudah dan tidak membebankan hamba-Nya. Islam tidak pula menetapkan siapa yang perlu mulakan dahulu, sesiapa sahaja boleh memulakan dahulu, yang penting prinsip peminangan itu menepati syariat yang telah ditetapkan dalam islam, antaranya perlu ada perantaraan. Menyingkap kembali kisah dimana Siti Khadijah meminang Nabi. Bahkan Sayidina Umar juga pernah melamar Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Usman untuk di jodohkan dengan anaknya. Hal ini menunjukkan yang tiada apa-apa masalah cumanya dianggap luar biasa oleh masyarakat kita yang merasakan perigi mencari timba ini sesuatu yang sangat pelik dan menghairankan.

Kesimpulannya di sini sama ada perigi cari timba atau sebaliknya kedua-duanya tiada masalah sekiranya menepati syariat yang ditetapkan dalam islam. Perlu kita ingat, syariat lebih utama daripada adat. Hal ini kerana, syariat itu membebaskan manakala adat kadang kala mengikat.

 

Jom bina #baitulmuslim (keluarga muslim) yang bahagia

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar