RUGINYA SEKIRANYA TAKUT BERNIKAH!

RUGINYA SEKIRANYA TAKUT BERNIKAH!

“Takutnya nak kahwin bila dengar berita macam ni”

Dikarang oleh Inaaina | Motivasi
Bernikah

“Eh, Yana dah bercerai dengan Yaakob, mereka baru je kahwin”

Dengar sahaja berita macam ini pasti perkara yang bermain di fikiran segelintir masyarakat adalah:

“Sebab itu aku tak mahu kahwin lagi”

“Takutnya nak kahwin bila dengar berita macam ni”

Malah, ada juga yang menyatakan kekesalan selepas berkahwin.

Kenapa sampai macam ini?

Teruk sangatkah perkahwinan?

Memang selalu gaduh besar ke?

Memang akan menjurus ke perceraian ke?

Tahukah anda, Umar al-Khattab ada mengatakan bahawa, menunda perkahwinan boleh dikatakan seperti menunda banyak manfaat yang dapat dinikmati oleh manusia. Oleh itu, jangan sesekali mempunyai perasaan takut untuk bernikah kerana inshaAllah, dengan izinNya, tidak sulit seperti yang kita bayangkan atau dengari.  

Artikel pada kali ini ditujukan khas buat mereka yang suka menunda perkahwinan, sama ada mereka tidak mahu meneruskan pernikahan ataupun mereka lebih suka hidup keseorangan tanpa pasangan.

Tahukah anda, sekiranya anda memilih untuk teruskan kehidupan tanpa pasangan ianya seperti anda memilih untuk menjadi saudara syaitan? Allah SWT telah menetapkan dalam Sunah-Nya:

Jangan kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah. Kemudian yang benar kamu sembunyikan, walaupun kamu mengetahui semuanya”. Surah Al Baqaran, ayat 42

Sebagai khalifah Allah, kita semua diperintahkan untuk melawan syaitan (juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang diwujudkan untuk menyesatkan manusia) kerana syaitan sering menghasut kita melakukan kemungkaran dan menderhaka kepada Allah. Syaitan lah makhluk yang paling gembira sekiranya mereka berjaya menghasut manusia melakukan suruhannya.

Seperti yang umat Islam fahami, Islam membawa ajaran yang mudah, lurus, dan sesuai dengan fitrah manusia. Islam menggantikan amalan tidak berkahwin itu dengan amalan yang sesuai dengan fitrah manusia iaitu dengan mensyariatkan pernikahan. Nescaya, mereka yang mampu bernikah tetapi tidak mahu menunaikannya, sesungguhnya mereka adalah saudara syaitan.

Peristiwa ini pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW, salah seorang sahabat Rasulullah yang mampu berkahwin tetapi enggan melakukannya. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada sahabat baginda,

“Sekiranya begitu, engkau adalah saudara syaitan. Mungkin engkau seperti pendeta Nasrani, engkau termasuk dalam golongan mereka. Apabila engkau masuk dalam golongan kami, engkau perlu berbuat seperti kami dan kebiasaan kami adalah beristeri. Orang yang sangat derhaka antara kamu adalah orang yang membujang dan orang yang sangat hina antara kamu adalah orang bujang. Sangat malang kamu, oleh itu, berkahwinlah!

Nabi Muhammad juga pernah melarang keinginan sebahagian sahabat yang tidak mahu bernikah, walaupun mereka memberi alasan mahu memberi tumpuan beribadat dan mengabdikan Allah.

“Diceritakan Usman bin Madzun pernah mempunyai keinginan hidup membujang, Nabi Muhammad melarangnya. Seandainya Nabi Muhammad membenarkan kami melakukan perkara itu, sudah tentu kami mengembiri diri”. Hadis Muslim, At Tarimizi, Ibnu Majah

Berdasarkan hadis-hadis di atas, ianya jelas bahawa Islam amat melarang umatnya untuk menolak perkahwinan. Sesungguhnya, apa yang telah ditetapkan oleh Islam pasti ada manfaatnya. Terutama kenikmatan yang dapat dirasai di dalam sebuah perkahwinan. Wallahualam.

Belum ada jodoh?

Klik Sini Untuk Mendaftar